Mari terokai gerakan bumi hijau yang unik dan menarik. Buku ini menerangkan beberapa isu alam sekitar yang kritikal pada abad ke-21 serta pelbagai penyelesaian yang bertujuan bagi menangani masalah tersebut.
Antara topik menarik dalam buku ini adalah:
- Mengapa kita perlu mengambil berat tentang aktiviti penebangan hutan, jerebu, dan sisa plastik?
- Bagaimana cara kita menguruskan sumber seperti air dan tenaga elektrik secara bertanggungjawab?
- Menanam pokok, membuat kertas kitar semula, dan katakan “tidak” kepada barangan pakai buang!
- Berbasikal sambil meneroka keindahan bandar hijau!
- Menggalakkan penggunaan sumber tenaga mesra alam!
Siri Komik Sains Informatif mengandungi informasi dunia sains yang pelbagai dan menarik seperti bahan, haiwan darat, teknologi dan gajet dan kuman dan kesihatan kita.