Mari terokai dunia bahan semula jadi dan bahan buatan yang mengasyikkan. Kenali lebih banyak bahan seperti bahan-bahan mesra alam, sintetik, logam dan batu yang mempunyai pelbagai aplikasi harian dan keistimewaan.
Antara topik menarik dalam buku ini adalah:
- Apakah itu kaolin dan mengapa kaolin mampu bertahan pada suhu yang sangat tinggi?
- Benarkah kulit udang mampu menghasilkan cawan plastik bioplastik mesra alam?
- Wujudkah plastik yang boleh dicairkan semula dan diguna semula berkali-kali?
- Mengapa barang kemas platinum lebih berharga berbanding barang kemas emas?
- Arang buluh bukan sahaja boleh menghilangkan bau busuk kaki tetapi juga boleh dimakan!
- Bagaimana kuib ais batu sabun boleh menyejukkan air tanpa menjadi cair?
Siri Komik Sains Informatif mengandungi informasi dunia sains yang pelbagai dan menarik seperti haiwan terancam, lebih banyak keajaiban alam semula jadi, lebih banyak tumbuhan dan kulat, dan penerokaan dan reka cipta.
BAHAN-BAHAN SEMULA JADI
- Kayu Hitam yang Gelap
- Rambut yang Cantik
- Jamuan Pizza
BAHAN-BAHAN MESRA ALAM
- Kulit Tumbuhan?
- Udang dan Sutera Menjadi?
SINTETIK PINTAR
- Tentang Plastik
- Kini Kamu Nampak
LOGAM YANG MENGAGUMKAN
- Bertukar kepada Platinum
- Kapur untuk Ahli Gmnastik
SATU BAHAN, PELBAGAI KEGUNAAN
- Terpegun dengan Buluh?
- Kaca Tahan Lasak
- Diselamatkan oleh Nilon
BATU YANG BERHARGA
- Kiub Ais yang Tidak Cair
- Batu yang Dicuri
KUIZ
Uji pengetahuan Anda Tentang Dunia Bahan Semula Jadi