Buku

Mukbang Girl

oleh Sharina Elisa

RM 10.00 / RM 12.00Sabah/Sarawak
Beli Versi Cetak
Bookcafe Shopee Lazada
Beli Versi Ebook
 

ISBN: 978-967-369-465-5

Muka Surat: 138

Saiz: 5x7.5

Tarikh Terbit: 5 Mar 2020

Kategori: Drama, Novel Remaja

Imprint: Bookiut

Hanis aktif bermukbang. Identitinya menjadi misteri kerana dia sering kali muncul bertopeng menggunakan nama Mukbang Girl. Dia diminati ramai kerana sesi mukbangnya sering diselit nasihat dan kata-kata semangat kepada penontonnya.

Ruby, Dahlia, dan Ayumi, tiga serangkai yang menjadi musuh Hanis di sekolah. Mereka tidak dapat menerima hakikat bahawa Hanis, yang mereka sangkakan seorang pelajar miskin sentiasa mengalahkan mereka dalam semua aspek, akademik dan juga sukan. Walaupun mencemburui Hanis, mereka bertiga sebenarnya adalah peminat tegar Mukbang Girl.

Kehadiran surat misteri yang mengetahui identiti sebenar Hanis membuatkan hidupnya jadi tidak tentu arah. Dapatkah Hanis terus menyimpan rahsianya sebagai Mukbang Girl? Siapakah yang mengkhianati Hanis?

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024