Buku

Para Penentang Muhammad : Generasi Penentang Era Makkah

oleh Zhaenal Fanani, Dzulkhairi Mohd Noor

RM 35.00 / RM 38.00Sabah/Sarawak
Beli Versi Ebook

ISBN: 978-967-481-849-4

Kod Bar: 9789674818494

Muka Surat: 280

Saiz (inci): 6 x 9

Saiz (cm): 23 x 15.3

Tarikh Terbit: 22 Aug 2022

Kategori: Agama

BISAC: RELIGION / Islam / History (REL037010)

KETOKOHAN NABI BERHADAPAN PEMIMPIN KESESATAN SEPANJANG ZAMAN – GENERASI PENENTANG ERA MAKKAH

Nabi Muhammad SAW merupakan insan teragung dan qudwah sepanjang zaman. Ketokohan Nabi tidak dapat dinafikan oleh sesiapa pun bahkan oleh individu yang memusuhi Baginda. Mereka merupakan individu berpengaruh dalam sejarah yang menentang dakwah Baginda. Faktor dan kaedah penentangan adalah perkara yang perlu dirungkaikan agar kita dapat menelusuri perbezaan antara kebenaran dan ego yang juga meliputi aspek budaya, ekonomi dan sistem politik.

Buku Para Penentang Muhammad: Generasi Penentang Era Makkah memaparkan visualisasi kehidupan para penentang yang agresif menentang dakwah Nabi Muhammad SAW. Kaedah dan strategi Nabi SAW berhadapan dengan golongan sebegini perlu kita jadikan panduan untuk menghadapi watak seumpamanya yang mungkin kekal wujud sepanjang zaman.

Buku ini amat sesuai dijadikan bahan bacaan penting masyarakat bagi mengetahui secara lebih mendalam mengenai kehidupan para penentang bermula dengan keturunan, faktor dan kaedah penentangan juga kematian. Ia juga menjawab beberapa maklumat penting yang dibangkitkan oleh para pengkritik moden.

Antara penentang yang dimuatkan dalam buku ini :

  • Amr Bin Hisyam (Firaun Moden).
  • Al-Nadhar Bin Al-Harits (Syaithan Quraisy).
  • Umayyah Bin Khalaf (Penyokong Anarkisme).
  • Munabbih Bin Al-Hajjaj (Orientalis Makkah).
  • Al-Walid Bin Al-Mughirah (Ejen Provokasi Wahyu).

BAHAGIAN 1
PENENTANG DARI KALANGAN ELIT QURAISY YANG TEWAS DI BADAR

BAB 1- Amr Bin Hisyam (572–624) , Firaun Moden

BAB 2- Al-Nadhar Bin Al-Harith ( –624), Syaitan Quraisy

BAB 3- Umayyah Bin Khalaf (565–624), Penyokong Anarkisme

BAB 4- Utbah Bin Rabi’ah (563–624), Protagonis Tanpa Hidayah

BAB 5- Syaibah Bin Rabi’ah (560–624), Penentang Tradisional

BAB 6- Nabbih Bin al-Hajjaj (–624), Pemberi Inspirasi Al-Muqtasimin

BAB 7- Munabbih Bin Al-Hajjaj (–624), Orientalis Makkah

BAHAGIAN 2
PENENTANG TEGAR HINGGA AKHIR HAYAT

BAB 8- Abd Al-Uzza Bin Abd al-Mutalib (549-624), Penghasut Utama

BAB 9- Al-Walid Bin Al-Mughirah (558–622), Ejen Provokasi Wahyu

BAB 10- Sa’id Bin Al-Ash (560–622), Pengikut Setia Paganisme

BAB 11- Uqbah Bin Abi Mu’aith (– 624), Orang yang Mengusahakan Perlawanan Simbol Islam

BAB 12 - Al-Ash Bin Wail (– 623), Aktivis Propaganda Anti Islam

BAB 13 - Ubay Bin Khalaf (– 625), Pengkritik Hari Kiamat

BAB 14 - Al-Aswad Ibn Abd Yaghuts (–620), Individu Di Sebalik Al-Mustahziun

BAB 15- Al-Harith Bin Qais (–620), Pengumpul Berhala

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024