Buku
Para Penyokong Muhammad : Generasi Pejuang dan Intelektual
ISBN: 978-967-481-848-7
Muka Surat: 336
Saiz (inci): 6 x 9
Tarikh Terbit: 27 Jul 2022
Kategori: Agama
Imprint: PTS Publishing House
ISBN: 978-967-481-848-7
Muka Surat: 336
Saiz (inci): 6 x 9
Tarikh Terbit: 27 Jul 2022
Kategori: Agama
Imprint: PTS Publishing House
SENTUHAN TARBIYAH NABI MEMBENTUK GENERASI PEJUANG DAN INTELEKTUAL MULIA
Bukti kita menyayangi Nabi bukan sahaja dengan mengetahui sosok individu Nabi itu sendiri. Namun, dengan mengetahui dan memahami secara meluas mengenai lingkungan sosial Nabi yang dididik dengan tarbiyah yang hebat sehingga menjadi pendamping, penguat dan pejuang setia Nabi hingga akhir hayat. Mereka merupakan individu berpengaruh dalam kehidupan kerana mempunyai akses langsung daripada insan teragung di muka bumi iaitu Rasulullah SAW.
Buku Para Penyokong Muhammad: Generasi Pejuang dan Intelektual memberikan perincian kehidupan para penyokong setia Nabi Muhammad SAW. Mereka merupakan manusia yang kewujudannya dianggap sebagai generasi emas yang perlu kita contohi untuk membentuk generasi kini.
Buku ini amat sesuai dijadikan bahan bacaan penting masyarakat untuk mengetahui secara lebih mendalam mengenai kehidupan para sahabat bermula daripada susur galur keluarga, pengislaman, gaya hidup, sumbangan, dan kematian. Selain itu, ia merungkai tarbiyah yang Nabi gunakan terhadap para sahabat untuk dijadikan pedoman kini.
Antara sahabat yang dibincangkan dalam buku ini :
BAHAGIAN 1
SAHABAT PENERUS LEGASI KEILMUAN DAN DAKWAH NABI
BAHAGIAN 2
SAHABAT PEJUANG BARISAN HADAPAN AGAMA
BAB 8 -Suhaib Bin Sinan (587 M–659 M), Pelopor daripada Bangsa Rom
BAB 9 -Abu Zar Al-Ghifari (590 M–653 M),Revolusi Anti Kemewahan
BAB 10 -Khabbab Bin Al-Arat (586 M–659 M), Simbol Pejuang Keimanan
BAB 11 -Ja’far Bin Abi Talib (589 M–629 M), Mujahid Pemilik Dua Sayap
BAB 12 -Khalid Bin Al-Walid (592 M–642 M), Saifullah al-Maslul (Pedang Allah Yang Menghunus)
BAB 13 -Amr Bin Al-As (583 M–664 M), Penakluk Mesir
BAB 14 - Salman Al-Farisi (568 M–655 M), Perancang Perang Khandaq
BAB 15 -Huzaifah Bin Al-Yaman (– 656 M), Ejen Risikan Nabi
BAB 16 -Abdullah Bin Rawahah (– 629 M), Penyair Perang
Daftar Pustaka