Buku ini ditulis untuk para pentadbir sekolah, khususnya Pengetua dan Guru Besar, Guru-guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Guru-guru Penolong Kanan Kokurikulum, SU kokurikulum, guru-guru pelaksana aktiviti-aktiviti luar, guru-guru pelatih di institut-institut pendidikan guru (IPG), para pelajar jurusan pendidikan di universiti, dan mereka-mereka yang berminat dalam pengurusan pendidikan luar di sekolah.
Sering kali, pihak penganjur aktiviti kurang arif atau pasti dengan tindakan-tindakan atau prosedur yang perlu dipatuhi apabila hendak menganjurkan sesuatu aktiviti luar sekolah yang melibatkan murid. Ketidakpastian ini menyebabkan mereka sama ada segan menganjurkan aktiviti luar ataupun menganjurkan aktiviti luar mengikut gerak hati dan budi bicara masing-masing. Pelanggaran prosedur sering kali tidak disedari langsung kerana kesemua peserta aktiviti luar pulang dengan selamat dan kesalahan ini diulangi sehingga menjadi amalan biasa. Apabila sesuatu insiden atau peristiwa yang tidak diingini berlaku, barulah pihak penganjur sedar bahawa terdapat tindakan-tindakan yang telah diambil sebelum itu adalah salah. Menyedari hakikat itu, buku ini bertujuan untuk memberi panduan kepada para pembaca dan pelaksana aktiviti pendidikan luar agar mereka boleh membuat rujukan yang cepat dan tepat apabila diperlukan.
Buku ini mengandungi tujuh bab. Enam bab ditulis khusus untuk menghurai secara komprehensif jenis-jenis aktiviti luar yang sering dianjurkan oleh sekolah. Untuk setiap aktiviti yang disenarai, tindakan-tindakan pra, semasa dan selepas yang perlu dilakukan dibincangkan. Carta aliran pelaksanaan turut disertakan untuk memudahkan pihak penganjur memahami langkah-langkah untuk menjalankan aktiviti yang ingin dilaksanakan. Surat-surat pekeliling, dokumen, prosedur, contoh kertas kerja, surat-surat, dan borang-borang berkaitan yang turut disediakan di setiap penghujung bab bertujuan untuk memudahkan rujukan dan memberi panduan kepada pembaca dalam proses penyediaan bahan-bahan dan pelaksanaan aktiviti. Ini adalah selaras dengan hasrat penulis untuk membolehkan pembaca dan pengamal aktiviti pendidikan luar di sekolah untuk menjalankan tugas-tugas berkaitan dengan pendidikan luar dengan mudah, tepat dan cekap.
Penghargaan ixKata Aluan xi
Kata Pengantar xiii
Bab 1: Pendidikan Luar: Satu Aspek Penting Pendidikan Murid 1
Pengenalan 1
Definisi Pendidikan Luar 2
Jenis-Jenis Aktiviti Pendidikan Luar 15
Rumusan 36
Lampiran 1 37
Bab 2: Pengendalian Aktiviti Kokurikulum di Luar Sekolah 45
Pengenalan 45
Pra Pelaksanaan Aktiviti 49
Semasa Pelaksanaan Aktiviti 53
Pasca Pelaksanaan Aktiviti 58
Rumusan 60
Lampiran 2 63
Bab 3: Aktiviti Perkhemahan 93
Pengenalan 93
Pra Perkhemahan 95
Mesyuarat Pra Pelaksanaan 99
Semasa Perkhemahan 110
Lampiran 3 119
Bab 4: Aktiviti Jelajah Hutan, Mendaki dan Orienteering 143
Pengenalan 143
Pra Aktiviti 144
Tindakan Menangani Risiko 149
Bantuan Kecemasan 151
Semasa Aktiviti 156
Pasca Aktiviti 161
Rumusan 162
Lampiran 4 163
Bab 5: Aktiviti Air 167
Pengenalan 167
Pra Aktiviti 168
Semasa Aktiviti 179
Pasca Aktiviti 186
Rumusan 187
Lampiran 4 189
Bab 6: Lawatan Sambil Belajar 191
Pengenalan 191
Pra Aktiviti 191
Semasa Aktiviti 199
Pasca Aktiviti 201
Rumusan 201
Lampiran 6 203
Bab 7: Aktiviti Mengutip Derma 255
Pengenalan 255
Pra Aktiviti 256
Semasa Aktiviti 266
Pasca Aktiviti 267
Rumusan 268
Kesimpulan 269
Lampiran 7 271
Bibliografi 311
Biodata Penulis 31
3Indeks 315