Buku

Puaka Bundle

oleh Ayda Arianna

RM 10.00 / RM 0.00Sabah/Sarawak
Beli Versi Cetak
Bookcafe Shopee Lazada
Beli Versi Ebook
 

ISBN: 978-967-369-397-9

Muka Surat: 128

Saiz: 4.5x7.25

Tarikh Terbit: 27 Nov 2018

Imprint: Penerbit-X

Sedang asyik memilih baju di dalam guni, pak long dikejutkan dengan suara batuk kecil seorang lelaki. Berderau darah pak long apabila melihat seorang lelaki tua berpakaian Melayu serba hitam sedang berdiri di hadapannya. Pak long menelan liur, seram sejuk seluruh tubuhnya. Bila masanya lelaki itu ada di situ? Bunyi langkahnya langsung tidak kedengaran.

Namun, bukan kemunculan tiba-tiba orang tua misteri itu sahaja yang mendebarkan dadanya, kerana apa yang sedang berlaku di dalam kedai bundlenya adalah lebih menggerunkan lagi. Pak long dapat melihat berpuluh-puluh rangka manusia berpakaian lusuh dan koyak rabak sedang memenuhi kedainya. Rangka-rangka manusia itu sedang merayau-rayau, seperti pelanggan yang sedang melihat-lihat dan memilih pakaian yang dijual. Pak long hampir terkencing di dalam seluar apabila tiba-tiba semua rangka-rangka manusia itu serentak menoleh memandang kepadanya!

Kisah yang berlaku dalam buku ini mungkin pernah benar-benar berlaku kepada kawan kepada kawan kita, atau sepupu kepada kawan kepada kawan kita. Yakinlah, alam ghaib itu wujud. Ia sentiasa menjadi misteri kepada kita, dan rahsia kepada orang-orang yang dianugerahkan Tuhan untuk melihatnya.

*

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024