Ayda Arianna merupakan anak keempat daripada enam adik-beradik. Lahir dan membesar di Marang, Terengganu. Bekas graduan Polisas Kuantan Pahang dan mempunyai kelulusan diploma dalam bidang Kejuruteraan Awam (Ukur Tanah). Memiliki pengalaman selama tujuh tahun di sektor kerajaan dan selama itu banyak ragam manusia serta kisah-kisah seram yang sering didengar. Minat dalam penulisan puisi sudah lama ada, dan pernah menghasilkan beberapa puisi ciptaan sendiri. Namun karya-karya itu hanya sebagai tatapan peribadi. Setelah mendirikan rumah tangga dengan novelis seram, Saidee Nor Azam, minat dalam penulisan semakin menggebu. Banyak ilmu yang dikutip sepanjang bersama dengannya. Kerana dorongan dan tunjuk ajar suamilah, karya pertama ini berjaya diterbitkan. Mengumpul pakaian bundle adalah kegemaran sejak bujang lagi. Dan sekurang-kurangnya sebulan sekali pakaian bundle akan dibeli, sehinggalah terbit kisah benar tentang pakaian bundle yang merasuk pemakainya. Kisah yang ditulis dalam Puaka Bundle ini adalah cetusan kisah benar yang diceritakan rakan sekampung. Segala yang baik itu datang dari Allah, semoga terhibur hendaknya.
12, Jalan DBP,
Dolomite Business Park,
68100 Batu Caves, Selangor, Malaysia
+603 6188 0316
+603 6189 0316
Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024