Que membesar dengan cerita pengembaraan Tok Zam yang epik - misi perisikan di puncak Gunung Lang Rimau, bertarung dengan Kraken di Segara Sangkala, dan menjelajah ke Benua Tengah Sahara.
Semua itu terasa seperti cerita dongeng bagi Que sehinggalah Varnak, makhluk dengan rupa mengerikan, menculik Tok Zam dan membawanya ke sebuah dunia misteri. Que tanpa sengaja telah terjebak dalam sebuah pengembaraan yang lebih gelap!
"Aku di mana sebenarnya?"
Dalam Arkanis: Legenda Buana, sebuah gamebook epik fantasi, anda akan membantu Que dalam misinya yang penuh dengan cabaran - menyelamatkan Tok Zam, merungkai misteri penculikan, dan mencari jalan pulang ke Bumi.
Setiap keputusan anda bakal menentukan nasib Que dalam berdepan dengan perangkap berbahaya dan musuh
yang sentiasa menunggu peluang untuk menyerang.
Adakah anda boleh membuat keputusan yang tepat dan membimbing Que sehingga berjaya atau akhirnya
tersungkur gagal di tengah jalan?
Pilihan di tangan anda!