Teknologi telah membuatkan manusia berevolusi sehinggakan kita terlupa kepentingan untuk memelihara sumber tenaga kita. Siri ini memaparkan cerita-cerita berdasarkan keperluan untuk memelihara sumber yang kita ada bagi mencapai kehidupan yang lebih sihat.
Keistimewaan buku ini:
1. Bagi mendidik anak-anak kepentingan serta langkah-langkah menjaga alam sekitar memandangkan mereka akan mewarisi kehidupan pada masa akan datang.
2. Merangsang minat membaca anak-anak melalui ilustrasi dan grafik yang menarik dan berwarna-warni.
3. Sesuai dijadikan bahan bacaan tambahan bagi mewujudkan interaksi antara ibu bapa dengan anak-anak secara santai.