Buku bersiri yang wajib dimiliki oleh kanak-kanak demi merangsang minat untuk mengembara dan meneroka dunia flora dan fauna. Ikuti perjalanan Geng Empat Sekawan yang membawa pembaca menjelajah khazanah alam semula jadi di taman-taman hidupan liar yang terkenal di seluruh dunia. Siri buku yang padat dengan maklumat ini dapat membuka minda dan memupuk perasaan ingin tahu kanak-kanak bagi meneroka alam semula jadi.
Keistimewaan buku ini:
1. Memberi kefahaman dan memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat berhubung kepentingan memulihara hidupan liar.
2. Merangsang minat membaca anak-anak melalui ilustrasi dan grafik yang menarik dan berwarna-warni.
3. Sesuai dijadikan bahan bacaan tambahan bagi mewujudkan interaksi antara ibu bapa dengan anak-anak secara santai.