Istilah Ulul Albab berasal dari dua kata dalam bahasa Arab, iaitu Ulu (yang memiliki; pemilik) dan Albab (jamak dari lubb yang bererti inti, sari, otak, atau akal murni). Imam IbnKathir berkata: “(Ulul albab) ialah mereka yang memiliki akal yang sempurna lagi bersih, yang mampu mengetahui hakikat tentang banyak perkara secara jelas dan terang. Mereka bukan golongan yang tuli, bisu serta tidak berakal.”
Di dalam Al-Quran, Allah SWT menyebut istilah Ulul Albab sebanyak 16 kali dalam berbagai surah. Melalui penyebutan ini, Al-Quran tidak sekadar merujuk pada orang yang cerdas secara intelektual (rasional), tetapi juga mereka yang memiliki kesedaran spiritual dan emosional yang tinggi.
Karya ini menghimpunkan analisis dan pandangan ulama pada semua 16 ayat berkaitan UlulAlbab. Pembaca dapat memahami apakah karakter dan bagaimana cara berfikir Ulul Albabyang dimaksudkan oleh Al-Quran. Sesungguhnya, hanya mereka yang menguasai cara fikir yang betul dapat memahami agama dengan benar.
Kandungan
Prakata
BAHAGIAN 1: AL-QURAN MANUAL KEHIDUPAN PALING AGUNG
BAB 1: Membina Skrip Kegemilangan Melalui Al-Quran
BAHAGIAN DUA: ULUL ALBAB DI BAWAH SULUH AL-QURAN
BAB 2: Ulul Albab – Cerdas Murni, Yang Memuliakan Hukum Hakam Allah
BAB 3: Ulul Albab – Yang Meledakkan Takwa
BAB 4: Ulul Albab – Tidak Akan Mengabaikan Peringatan Allah
BAB 5: Ulul Albab – Yang Mendalami Ilmu Al-Quran
BAB 6: Ulul Albab – Golongan Yang Mengkaji Alam, Berzikir Dan Berfikir
BAB 7: Ulul Albab – Mengutamakan Kualiti, Tidak Terpesona Dengan Kuantiti
BAB 8: Ulul Albab – Menjiwai Pengajaran Kisah Para Rasul AS
BAB 9: Ulul Albab – Menjiwai Kebenaran Al-Quran dan Memiliki Karakter Akhlak Mulia
BAB 10: Ulul Albab – Yang Menjiwai Konsep Tauhid
BAB 11: Ulul Albab – Menjadikan Al-Quran Suluh Kehidupan
BAB 12: Ulul Albab – Menjiwai Pengajaran Daripada Kisah Nabi Ayub AS
BAB 13: Ulul Albab – Sentiasa Mengambil Pengajaran Daripada Peringatan Allah SWT
BAB 14: Ulul Albab – Yang Kritis Menapis Bicara dan Memilih Yang Baik Sahaja
BAB 15: Ulul Albab – Menyedari Kefanaan Alam Ini
BAB 16: Ulul Albab – Menjadikan Kitab Allah Petunjuk dan Peringatan
BAB 17: Ulul Albab – Golongan Beriman Yang Memahami Kepentingan Takwa
BAHAGIAN TIGA: PEMELIHARAAN DAN PENJAGAAN OTAK DAN AKAL SATU KEWAJIPAN
BAB 18: Kepentingan Akal
BAB 19: Kepentingan Otak
BAB 20: Kepentingan Memelihara Kesejahteraan Otak
BAHAGIAN EMPAT: ULUL ALBAB BUKAN SEKADAR PROFESIONAL
YANG HAFAZ AL-QURAN
BAB 21: Sinopsis Keperibadian Ulul Albab Di Bawah Suluh Al-Quran
Penutup – Mendepani Cabaran Hari Ini
Biodata