Buku
Skrip Hidup di Bawah Suluh al-Quran
ISBN: 978-629-493-112-1
Kod Bar: 9786294931121
Muka Surat: 326
Saiz (inci): 6 x 9
Saiz (cm): 23 x 15.3
Tarikh Terbit: 12 Jul 2025
Kategori:
BISAC:
Imprint: PTS Publishing House
ISBN: 978-629-493-112-1
Kod Bar: 9786294931121
Muka Surat: 326
Saiz (inci): 6 x 9
Saiz (cm): 23 x 15.3
Tarikh Terbit: 12 Jul 2025
Kategori:
BISAC:
Imprint: PTS Publishing House
Pernahkah kita tertanya mengapa kita ada di dunia ini? Adakah hidup ini sekadar hadir lalu pergi begitu sahaja? Mengapa kita diberi akal yang mampu berfikir, hati yang mampu merasa, tubuh yang begitu kompleks dan alam yang begitu teratur? Siapa yang mengatur semuanya, dan untuk tujuan apa?
Allah SWT adalah Tuhan yang sama yang menghancurkan kaum Nabi Luth AS, Thamud, ‘Ad, kaum Nabi Nuh AS, Firaun dan Qarun. Mengapa sejarah kehancuran umat ini diwariskan kepada kita dan apakah ia sekadar sejarah lama tanpa nilai? Atau adakah ia satu amaran yang diabaikan?
Buku ini menelusuri kisah jatuh bangun manusia sejak Nabi Adam AS, agar kita dapat melihat dengan jelas jalan yang harus dipilih. Inilah sebuah ajakan untuk menulis semula skrip hidup, agar ia berpaksikan cahaya al-Quran. Tidak mungkin kita hanya diciptakan untuk tersesat.
Kandungan
Prakata
Bahagian Satu: Bolehkah Manusia Menentukan Skrip Hidupnya Sendiri?
Bab 1: Manusia dan Skrip Hidup
Bahagian Dua: Bermula Skrip Hidup bagi Manusia dengan Penciptaan Nabi Adam AS
Bab 2: Analisis Penciptaan dan Perjalanan Hidup Nabi Adam AS
Bab 3: Mengenali Musuh Abadi Bani Adam
Bab 4: Melengkapkan Analisis Kisah Adam AS dengan Merungkai Beberapa Persoalan
Bahagian Tiga: Beberapa Contoh Skrip Hidup Umat Selepas Nabi Adam AS
Bab 5: Skrip Hidup Dua Orang Putera Nabi Adam (Pertembungan Antara Takwa VS Kehendak Nafsu)
Bab 6: Skrip Kaum Nabi Nuh AS (Penghormatan Bertukar Menjadi Penyembahan)
Bab 7: Skrip Hidup Kaum ‘Ad (Skrip Hidup Kaum Bertubuh Besar Lagi Perkasa)
Bab 8: Skrip Hidup Kaum Thamud (Kaum yang Memahat Rumah di Bukit Bukau)
Bab 9: Skrip Berdasarkan Nafsu dan Syahwat di Penjuru Sadom dan Madyan
Bab 10: Negeri Saba’ (Makmur Bertukar Menjadi Hancur, Peringatan untuk Negeri dan Negara)
Bab 11: Kaum Nabi Yunus AS. Azab yang Dihentikan
Bab 12: Qarun, Si Kaya yang Ditelan Bumi
Bab 13: Firaun (Skrip Hidup Seorang Pemimpin Menuju Kehancuran)
Bahagian Empat: Skrip Hidup Di Bawah Suluh Surah Al-Fatihah
Bab 14: Pengenalan Serta Nama-nama bagi Surah Al-Fatihah
Bab 15: Kelebihan Surah Al-Fatihah
Bab 16: Tafsir dan Tadabbur Surah Al-Fatihah
Bab 17: Rumusan Surah Al-Fatihah sebagai Skrip Hidup
Bab 18: Hukum-Hakam Tambahan Berkait Surah Al-Fatihah
Bahagian Lima: Menjauhi Skrip Hidup Golongan yang Dimurkai dan yang Sesat
Bab 19: Mengenali Golongan yang Dikurniakan Nikmat, Golongan Yahudi dan Nasrani
Bab 20: Yahudi Melanggar Perjanjian Hari Sabtu Melalui Putar Belit
Bab 21: Perangai Yahudi yang Mudah Memungkiri Perjanjian
Bab 22: Puak Yahudi Berdolak-dalik Berdepan dengan Perintah Allah SWT
Bab 23: Golongan Yahudi dengan Sifat Keras Hati
Bab 24: Golongan Yahudi dengan Sifat Kepura-puraan dan Ketidakjujuran
Bab 25: Kelompok Yahudi yang Agamanya Hanya Ikut-ikutan Penuh Dongeng
Bab 26: Yahudi Menulis Kitab Mengikut Cita Rasa Sendiri
Bab 27: Yahudi Istimewa, Akan Diseksa Hanya Beberapa Hari?
Bab 28: Golongan Nasara yang Sesat
Penutup
Biodata
Rujukan