Senyuman yang terukir di bibir seseorang mungkin sahaja membawa maksud kegembiraan, namun tidak mustahil juga senyuman itu memiliki maksud yang tersirat. Bagaimana pula dengan individu yang bercakap sambil memeluk tubuhnya? Adakah dia sedang menyembunyikan sesuatu?
Tahukah pembaca, sebenarnya 50% - 70% daripada komunikasi yang terjalin datangnya datangnya daripada bahasa badan, bukannya daripada kata-kata yang diucapkan? Sayangnya masih sedikit dalam kalangan kita yang menyedari betapa gerakan fizikal sebenarnya menyampaikan mesej yang tersirat.
Menerusi buku The Definitive Book of Body Language (Edisi Kemas Kini), pembaca berpeluang mempelajari:
Bagaimana tapak tangan dan jabat tangan mampu mengawal seseorang.
Isyarat bahasa badan Si Penipu
Isyarat rahsia menerusi rokok, kaca mata, dan solekan wajah
Magik di sebalik senyuman wanita
Penuh dengan fakta-fakta menarik, diselang-selikan dengan humor serta strategi yang boleh diamalkan, ternyata buku ini bukan sahaja mampu mengukuhkan skil komunikasi pembaca, malah memahami individu lain serta diri sendiri.
Pengantar Penterjemah
Pengiktirafan
Pengenalan
Memahami Asas Bahasa Badan
Kuasa di Tangan Kita
Keajaiban dalam Senyuman dan Ketawa
Isyarat Lengan
Perbezaan Budaya
Gaya Tangan dan Ibu Jari
Penilaian dan Isyarat Penipuan
Isyarat Mata
Penceroboh Ruang
Bagaimana Sepasang Kaki Mendedahkan Apa yang Minda Kita Mahu Lakukan
13 Gaya Paling Biasa Kita Lihat Setiap Hari
Memimik Gaya: Bagaimana Kita Membina Hubungan
Rahsia di Sebalik Isyarat Rokok, Cermin Mata, dan Solekan
Bagaimana Tubuh Badan Menunjukkan ke Mana Minda Mahu Pergi
Pemilikan, Wilayah, dan Isyarat Ketinggian
Penyusunan Tempat Duduk - Di Mana Kita akan Duduk dan Mengapa