Penulis

Allan & Barbara Pease

Allan & Barbara Pease ialah pasukan penerbitan yang paling berjaya di Australia. Produk inspirasi mereka meningkatkan pertumbuhan peribadi dan organisasi di seluruh dunia. Pease International Pty Ltd memudahkan seminar Allan kerana ia menyediakan buku, CD, DVD dan program latihan Allan & Barbara dalam bidang komunikasi, bahasa tubuh, jualan, motivasi,kepimpinan dan kerja berpasukan.

Allan Pease adalah pengarang dan penceramah motivasi dari Australia manakala Barbara Pease pula ialah Ketua Pegawai Eksekutif Pease International, syarikat yang menghasilkan video, kursus latihan, dan seminar untuk perniagaan dan kerajaan di seluruh dunia. Mereka adalah pengarang bersama sebuah buku terlaris yang bertajuk “Body Language”. Buku tersebut yang terjual lebih 4 juta salinan telah membawa mereka kepada pengiktirafan antarabangsa.

Buku tersebut juga telah diterbitkan oleh PTS Publishing House tetapi dalam edisi Bahasa Melayu. Ia diterbitkan pada 13 Februari 2015. Menerusi buku “The Definitive Book of Body Language”, pembaca berpeluang mempelajari bagaimana tapak tangan dan berjabat tangan mampu mengawal seseorang, isyarat bahasa badan Si Penipu, isyarat rahsia menerusi rokok, kaca mata, dan solekan wajah, dan magik di sebalik senyuman wanita.

Penuh dengan fakta-fakta menarik, diselang-selikan dengan humor, serta strategi yang boleh diamalkan, ternyata buku tersebut bukan sahaja mampu mengukuhkan kemahiran komunikasi pembaca, malah memahami individu lain serta diri sendiri.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024