Ebook

Fantasi Keadilan: Antara Manipulasi, Provokasi dan Kebenaran dalam Undang-Undang
E-ISBN: 9786294642065
Tarikh Terbit: 31 May 2026
BISAC:
LAW /
Criminal Procedure (LAW027000)
LAW /
General (LAW000000)
LAW /
Practical Guides (LAW098000)
Imprint: PutehPress
Undang-undang sering dianggap berat, jauh dan menakutkan. Namun, Fantasi Keadilan membawa pembaca memahami dunia undang-undang melalui penceritaan yang dekat dengan kehidupan masyarakat.
Setiap bab dibuka dengan senario yang hidup, seolah-olah pembaca sedang berada sendiri dalam situasi sebenar. Di balai polis. Di ruang mahkamah. Di tempat kerja. Dalam rumah tangga. Di media sosial. Malah, di tengah-tengah konflik yang boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.
Buku ini membicarakan pelbagai isu seperti ditahan polis, permohonan reman, pemeriksaan badan, geledah rumah dan kereta, buli, fitnah, keganasan rumah tangga serta salah laku peguam dan pegawai mahkamah.
Dalam buku ini, pembaca akan menemui:
• Penerangan undang-undang dalam bahasa yang mudah dan manusiawi.
• Senario yang dekat dengan realiti kehidupan harian.
• Carta alir untuk memahami proses undang-undang dengan lebih jelas.
• Kotak maklumat yang meringkaskan isi penting.
• Panduan apa yang perlu dibuat dan apa yang tidak patut dibuat dalam situasi tertentu.
• Asas penting untuk mengenal hak, memahami batas kuasa dan bertindak dengan lebih tenang.
Buku ini bukan pengganti nasihat peguam. Tetapi, ia boleh menjadi pintu awal untuk orang awam memahami asas undang-undang sebelum panik menguasai fikiran.
Keadilan tidak selalu runtuh disebabkan orang jahat terlalu kuat.
Kadangkala, ia runtuh kerana orang baik terlalu tidak tahu.
Pengantar Penulis
Catatan Editor
Isi Kandungan
Bab 1: Autoriti dan Hak
1.1 Variasi 24 Jam Pertama dan Reman
Senario A
Senario B
1.2 Variasi Kad Kuasa dan Penyamaran
1.3 Variasi Geledah Badan dan Maruah
Senario A
Senario B
Senario C
1.4 Variasi Rekod Jenayah
Senario A
Senario B
Bab 2: Buli, Diam dan Keadilan
2.1 Buli di Institusi Pendidikan
Senario A
Senario B
2.2 Buli di Ruang Siber
2.3 Buli di Pejabat
Senario A
Senario B
Bab 3: Variasi Kes Fitnah
3.1 Fitnah Media Sosial
Senario A
3.2 Fitnah Perniagaan
Senario A
3.3 Surat Tuntutan atau Letter of Demand (LOD)
Senario A
Senario B
Bab 4: Variasi Jenayah Keluarga
4.1 Keganasan Rumah Tangga
Senario A
4.2 Keganasan Seksual Domestik
Senario A
Bab 5: Pegawai Mahkamah atau Officer of the Court
5.1 Peguam Tiada Etika
Senario A
5.2 Peguam Penipu
Senario A
5.3 Timbalan Pendakwa Raya
Senario A
Glosari
Senarai Peruntukan Undang-Undang yang Dirujuk
Tentang Penulis


