Ebook

Kronikel Dewata I: Batara Guru

oleh Lokman Hakim

RM 10.18
Versi eBook

Juga boleh didapati dalam versi cetak

E-ISBN: 9789673696994

Tarikh Terbit: 21 Mar 2023

Imprint: Penerbit-X

“Tiga mentari. Tiga purnama. Seratus bintang. Seribu kegelapan. Toh Rimpun Alam terimalah korbanan ini. Yang terzahir. Yang terselindung. Yang maha kuasa. Toh Rimpun Alam bangkitlah daripada tidurmu. Kami di hujung menjulang takhtamu.”

Terpinga-pinga Detektif Hawa dan Chaira mendengar terjemahan Ezani itu. “Itukah maksud ayat-ayat yang membentuk lingkaran itu?” tanya Detektif Hawa.

“Lebih kurang begitu,” jawab Ezani dengan wajah berkerut. “Cuma bahagian yang mengaktifkan mantera ini aku langkau. A little bit of change in context.”

“Toh Rimpun Alam?” tanya Chaira pula.

“Bapa laut. Ketua kepada segala hyang. Dewa. Kepercayaan Melayu sebelum Islam bertapak. Apa yang jelas, ia bukan syaitan yang kita buru sekarang. Ini lebih purba… arkaik.”

“Lebih purba, maksudnya?” tanya Chaira lagi.

“Kita tahu yang usia menentukan kekuasaan. Jika Sang Ghaib berusia ribuan tahun, maka Toh Rimpun Alam yang dimaksudkan ini jauh lebih purba.”

* * *

Tahun 2311

Samudera Mega menenggelamkan bumi. Memisahkan manusia ke dalam dua golongan; penghuni kota langit dan penghuni puing. Tika kekayaan merajai penghuni kota langit, penghuni puing pula bertunjangkan ketakutan kepada para dewa untuk meneruskan kehidupan.

Ezani dan Chaira, dua orang kasyaf berhasrat untuk menamatkan manipulasi entiti ghaib ke atas manusia.

Kebangkitan Toh Rimpun Alam membuka suatu dimensi kebenaran yang sekian lama dinafikan oleh Ezani.

Batara Guru. Kelahiran semulanya menuntut beberapa perkara.

Mampukah Ezani mendepani hakikat masa silamnya yang pekat gelap?

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2023