Mega Leader MLM: Ingin Jadi Super Upline?
oleh Mohd Rozani Pawan Chek


Versi eBook

RM15.99

e-ISBN:
978-967-369-248-4
Tarikh Terbit:
25 Feb 2015
Jumlah Muka Surat:
208
Kategori:
Bisnes & Pengurusan,
Penerbit:
PTS Publishing House

Buku Ingin Jadi Super Upline? memimpin anda selangkah demi selangkah ke arah menjadi Super Upline. Waktu itu, setiap orang di sekeliling pasti menjadikan anda sebagai idola mereka.

Jika anda pernah bergelar penggiat MLM, mungkin anda pernah berhabis ratusan ringgit untuk menaja downline. Anda juga mungkin pernah meredah lembah gunung beratus kilometer serta berpanas hujan untuk merekrut. Namun, semua pengorbanan itu sia-sia sahaja?

Jika anda baru berjinak-jinak untuk menyertai MLM, mungkin banyak mitos dan khabar buruk yang diceritakan kepada anda. Mungkin juga anda belum cukup bersedia untuk bergelar upline disebabkan kurangnya keyakinan diri. Bagaimana boleh jadi begitu?

Berhenti mendengar tohmahan itu. Jawapannya ada di tangan anda sekarang. Siri Mega Leader MLM merangkumi tiga judul berikut: Prospek dan Taja – Fasa mula, memahami kekuatan dalam MLM. Bimbing dan Komunikasi – Fasa optimum, mencantum sinergi upline - downline.

Ingin Jadi Super Upline? - Fasa klimaks, menjadi upline yang luar biasa. Rozani Pawan Chek, terkenal sebagai pakar kuasa minda dan pengamal aura MLM. Penulis Kuasa Minda Separa Sedar yang laris sebelum ini adalah seorang yang berpengalaman luas dalam memotivasikan penggiat MLM dan dianggap pencetus revolusi dunia MLM di Malaysia. Siri Mega Leader MLM ini diharap dapat menjawab apa sebenarnya maksud istilah Mega Leader dalam MLM.

Tip 1: Wang dalam MLM.

Tip 2: Cara Hindari kegagalan.

Tip 3: Harapkan lebih baik.

Tip 4: Bina keyakinan.

Tip 5: 10 Api yang marak (wildfire) dalam MLM.

Tip 6: Empat jenis manusia.

Tip 7: 5 Rahsia menang dalam perjuangan.

Tip 8: Pengurusan tekanan.

Tip 9: Rahsia memotivasikan downline.

Tip 10: Bekerja Secara Smart.

Tip 11: Fikirkan…

Tip 12: Buat yang betul.

Tip 13: Rancang untuk menang.

Tip 14: Bina kepercayaan.

Tip 15: Fanatisme tidak akan berjaya.

Tip 16: Bagaimana berlakunya duplikasi?

Tip 17: Kuasa duplikasi.

Tip 18: Bagaimana hendak gagal.

Tip 19: Percaya dan yakin tanpa batasan.

Tip 20: Kuasa Ketabahan hati.

Tip 21: Rahsia besar mengapa gagal dalam MLM.

Tip 22: 4 perkara tentang matlamat.

Tip 23 Kuasa perasaan positif.

Tip 24: Buat post mortem.

Tip 25: Usaha, usaha dan usaha lagi.

Tip 26: 4 Teknik luar kotak.

Tip 27: Sasaran (goal) masa hadapan.

Tip 28: KOS

Tip 29: Orang yang Paling Bijak dalam MLM.

Tip 30: Utamakan Pemikiran.

Tip 31: Pemikiran Positif.

Tip 32: Kuasa Intuisi.

Tip 33: Hanya lihat kejayaan.

Tip 34: Hapuskan segera ketakutan

Tip 35: Anda menentang ombak dan angin.

Tip 36: Anda bukan penunda.

Tip 37: Prinsip M.O.N.E.Y.

Tip 38: Kalau bonus anda turun.

Tip 39: 7 kunci sikap positif.

Tip 40: 10 sikap berfikiran positif.

Tip 41: Jangan sekali-kali salahkan…

Tip 42: Sukses dalam MLM.

Tip 43: Bagaimana berfikir sebagai pemenang.

Tip 44: 13 Jangan.

Tip 45: Percaya diri (self confident).

Tip 46: Motivasi.

Tip 47: Berfikir arah lawan jam.

Tip 48: Kuasa kesabaran dan ketabahan hati.

Tip 49: SWOT Tip #: 5 cara berfikir pemenang.

Tip 50: Kuasa minda .

Tip 51: Self talk.

Tip 52: Kata-kata semangat…..

Tip 53: Tulis pada kertas.

Tip 54: Pemenang lawan yang kalah.

Buku Berkaitan