Ebook

Terampil Berbahasa

oleh Seri Lanang Jaya Rohani, Dahlia Janan

RM
Versi eBook

E-ISBN:

Tarikh Terbit: 1 Oct 2012

Buku Terampil Berbahasa ini kami susun bagi kepentingan pelajar yang akan menjadi guru supaya mereka dapat belajar dan memahami unsur-unsur dalam kemahiran membaca, dan dapat pula mengajarkan kemahiran tersebut kepada para guru pelatih. Kemahiran yang dikemukakan adalah kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Untuk setiap kemahiran berkenaan, disertakan huraian ringkas, dan latihan bagi membina setiap kemahiran tersebut. Buku ini disediakan oleh tiga orang tenaga pengajar bahasa Melayu di Jabatan Bahasa dan Sastera Melayu, Fakulti Pendidikan dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Mereka menghimpunkan pengetahuan, pengalaman dan kepakaran mereka dalam melatih guru pelatih di UPSI bagi kepentingan para pelajar, pensyarah dan guru yang mengajarkan Bahasa Melayu.

Dr. Seri Lanang Jaya bin Rohani adalah seorang tenaga pengajar Bahasa Melayu di Fakulti Bahasa dan Sastera, IPSI dan UPSI semenjak ia ditubuhkan. Kepakaran beliau adalah dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dan Tatabahasa Melayu.

Dr. Dahlia Janan mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang mendalam dalam pengajaran Bahasa Melayu. Bidang pengkhususan beliau adalah literasi, dan beliau banyak menjalankan penyelidikan dan penerbitan dalam bidang literasi.

Prakata iv

Topik 1 Terampil Berbahasa 

Topik 2 Pendengaran Berkesan 

Topik 3 Pertuturan dan Komunikasi Lisan 

Topik 4 Jenis dan Skop Membaca

Topik 5 Pembacaan Efektif dan Teliti

Topik 6 Bentuk dan Jenis Penulisan

Topik 7 Pemerengganan dan Mekanis Penulisan

Topik 8 Penggunaan Bahasa

Rujukan

Indeks

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024