Ebook

The 80/20 Principle
E-ISBN: 9786294931244
Tarikh Terbit: 20 Feb 2025
BISAC:
BUSINESS & ECONOMICS /
Personal Success (BUS107000)
Imprint: PTS Publishing House
Capai lebih banyak... dengan usaha yang sedikit
Sejak sepuluh tahun dari penerbitan pertamanya, The 80/20 Principle telah menjadi sebuah karya klasik bisnes dan buku terlaris di peringkat global. Kini, dalam edisi yang telah dikemas kini dan diperbaharui sepenuhnya, Richard Koch memberikan perspektif baharu yang segar kepada mesej beliau yang provokatif dan bertentangan dengan kebiasaan: iaitu 80 peratus kejayaan kita berpunca daripada hanya 20 peratus usaha kita.
Ratusan ribu orang mendapati bagaimana Prinsip 80/20 dapat membantu kita:
- Mencari jalan pintas dalam apa jua keadaan
- Memanfaatkan ‘masa bertuah’ kita ketika berada di puncak kreativiti
- Bertenang, bekerja sedikit, dan mengenal pasti sebilangan kecil matlamat yang penting dan bernilai kepada kita
- Memberi tumpuan kepada hal yang berjaya kita lakukan dengan cemerlang dan nikmati – dan meninggalkan hal lain yang tidak penting
Dengan gaya yang segar dan mudah difahami, Koch menjelaskan bagaimana sesiapa sahaja dapat mencapai lebih banyak dengan usaha, masa, dan sumber yang sedikit, hanya dengan menumpukan perhatian kepada hal yang benar-benar penting.
Richard Koch ialah seorang usahawan yang sangat berjaya dengan pelbagai projek seperti perundingan, hotel, restoran, pengurus dan pengatur peribadi, industri penyulingan, dan Internet gaming. Beliau pernah menjadi pakar perunding di firma Boston Consulting Group dan rakan kongsi di firma Bain & Company. Seorang usahawan yang mengakui dirinya sebagai seorang ‘usahawan malas,’ beliau mengamalkan gaya hidup 80/20 di London, Cape Town, Portugal, dan kawasan paling cerah di selatan Sepanyol.
Kandungan
Kandungan
Prakata kepada Edisi Ke-4
Pandangan 80/20 Terhadap 80/20!
Bahagian 1:
Persembahan Pembuka Tirai
1 Selamat Datang ke Prinsip 80/20
2 Cara Berfikir 80/20
Bahagian 2:
Kejayaan Korprorat Bukan Sebuah Misteri
3 Pergerakan Sulit Bawah Tanah
4 Mengapa Strategi Kita Salah
5 Sederhana itu Indah
6 Menarik Pelanggan yang Tepat
7 Sepuluh Aplikasi Terbaik 80/20 dalam Bisnes
8 Segelintir Hal Penting yang Memberi Kejayaan kepada Kita
Bahagian 3:
Bekerja Sedikit, Lebih Hasil dan Masa Menikmati Hidup
9 Kebebasan
10 Kebahagiaan
11 Masa
12 Gaya Hidup
13 Rakan-Rakan
14 Pencapaian Malas
15 Wang
16 Intuisi/Gerak Hati
Bahagian 4:
Masa Hadapan 80/20
17 Kejayaan melaluiRangkaian 80/20
18 Apabila 80/20 Menjadi 90/10
19 Di mana Kita dalam Masa Hadapan 80/20
Kesimpulan