Buku

The 80/20 Principle

oleh Richard Koch

terjemahan oleh Nor Azila Zainal Abidin, Nor Ain Zolkefli

RM 45.00 / RM 48.00Sabah/Sarawak

ISBN: 978-629-493-030-8

Kod Bar: 9786294930308

Muka Surat: 456

Saiz (inci): 6 x 9

Saiz (cm): 23 x 15.3

Tarikh Terbit: 20 Feb 2025

Kategori:

BISAC:

Capai lebih banyak... dengan usaha yang sedikit

Sejak sepuluh tahun dari penerbitan pertamanya, The 80/20 Principle telah menjadi sebuah karya klasik bisnes dan buku terlaris di peringkat global. Kini, dalam edisi yang telah dikemas kini dan diperbaharui sepenuhnya, Richard Koch memberikan perspektif baharu yang segar kepada mesej beliau yang provokatif dan bertentangan dengan kebiasaan: iaitu 80 peratus kejayaan kita berpunca daripada hanya 20 peratus usaha kita.

Ratusan ribu orang mendapati bagaimana Prinsip 80/20 dapat membantu kita:

  • Mencari jalan pintas dalam apa jua keadaan
  • Memanfaatkan ‘masa bertuah’ kita ketika berada di puncak kreativiti
  • Bertenang, bekerja sedikit, dan mengenal pasti sebilangan kecil matlamat yang penting dan bernilai kepada kita
  • Memberi tumpuan kepada hal yang berjaya kita lakukan dengan cemerlang dan nikmati – dan meninggalkan hal lain yang tidak penting

Dengan gaya yang segar dan mudah difahami, Koch menjelaskan bagaimana sesiapa sahaja dapat mencapai lebih banyak dengan usaha, masa, dan sumber yang sedikit, hanya dengan menumpukan perhatian kepada hal yang benar-benar penting.

Richard Koch ialah seorang usahawan yang sangat berjaya dengan pelbagai projek seperti perundingan, hotel, restoran, pengurus dan pengatur peribadi, industri penyulingan, dan Internet gaming. Beliau pernah menjadi pakar perunding di firma Boston Consulting Group dan rakan kongsi di firma Bain & Company. Seorang usahawan yang mengakui dirinya sebagai seorang ‘usahawan malas,’ beliau mengamalkan gaya hidup 80/20 di London, Cape Town, Portugal, dan kawasan paling cerah di selatan Sepanyol.

Kandungan

 

Kandungan 

Prakata kepada Edisi Ke-4 

Pandangan 80/20 Terhadap 80/20!

 

Bahagian 1:

Persembahan Pembuka Tirai 

1 Selamat Datang ke Prinsip 80/20 

2 Cara Berfikir 80/20 

Bahagian 2:

Kejayaan Korprorat Bukan Sebuah Misteri 

3 Pergerakan Sulit Bawah Tanah 

4 Mengapa Strategi Kita Salah 

5 Sederhana itu Indah 

6 Menarik Pelanggan yang Tepat 

7 Sepuluh Aplikasi Terbaik 80/20 dalam Bisnes 

8 Segelintir Hal Penting yang Memberi Kejayaan kepada Kita

Bahagian 3:

Bekerja Sedikit, Lebih Hasil dan Masa Menikmati Hidup 

9 Kebebasan 

10 Kebahagiaan 

11 Masa 

12 Gaya Hidup 

13 Rakan-Rakan 

14 Pencapaian Malas 

15 Wang 

16 Intuisi/Gerak Hati 

Bahagian 4:

Masa Hadapan 80/20 

17 Kejayaan melaluiRangkaian 80/20 

18 Apabila 80/20 Menjadi 90/10 

19 Di mana Kita dalam Masa Hadapan 80/20 

Kesimpulan

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025