Ebook

The Art of Affiliate Marketing

oleh Kionz. C

RM 35.00
Versi eBook

Juga boleh didapati dalam versi cetak

E-ISBN: 9789673698745

Tarikh Terbit: 20 May 2024

BISAC: BUSINESS & ECONOMICS / E-Commerce / Digital Marketing (BUS090010)

Imprint: PutehPress

Perkembangan pesat dalam dunia digital telah menyaksikan perubahan radikal dalam cara kita menjana pendapatan. Dengan kemunculan era Internet, landskap perniagaan tradisional yang selama ini bergantung pada kedai fizikal, modal besar, dan sewa premis, kini menghadapi cabaran yang tidak pernah dihadapi sebelum ini. Kehadiran Internet mengurangkan keperluan untuk kedai fizikal, maka permintaan untuk mereka menurun. Inilah dunia affiliate marketing – arena perniagaan yang menawarkan kebebasan daripada tekanan hidup dan berpotensi menjana pendapatan jutaan ringgit.

Dalam buku ini, anda akan mempelajari:

Apa itu Affiliate Marketing: Pengenalan kepada model perniagaan yang memungkinkan anda menjana pendapatan tanpa perlu produk sendiri.

Kuasa Affiliate Marketing: Cara pemasaran affiliate dapat menjadi sumber pendapatan yang lumayan dengan menggunakan strategi yang tepat.

Jenis Affiliate Marketing: Pelbagai bentuk pemasaran affiliate yang dapat anda terokai untuk menyesuaikan dengan kekuatan dan minat anda.

Penjanaan Dollar USD dari Malaysia Melalui Affiliate Marketing: Strategi untuk memanfaatkan platform global dan menjana pendapatan dalam mata wang asing, khususnya USD, dari Malaysia.

Langkah Demi Langkah untuk Memulakan Kerjaya Affiliate: Panduan praktikal seperti memilih niche, mendaftar dengan program affiliate, dan promosi produk.

Rahsia Penjanaan Jutaan Ringgit: Teknik dan strategi yang perlu anda ketahui untuk memaksimumkan potensi pendapatan anda dalam dunia affiliate marketing.

Buku ini bertujuan memberikan anda pengetahuan dan pendidikan sebelum anda bermula sebagai affiliate yang sekali gus memanfaatkan peluang yang ditawarkan oleh dunia digital saat ini. Sama ada anda baru berjinak-jinak dalam bidang ini ataupun sedang mencari cara untuk mengoptimumkan pendapatan affiliate anda, panduan ini menjadi sumber ilmu yang berharga.

Mulakan perjalanan menuju kebebasan kewangan melalui affiliate marketing sekarang!

Prakata

Pengenalan

 

Bab 1: Apa itu Affiliate Marketing

  • Pengenalan Affiliate Marketing
  • Sejarah Affiliate – Asal Usul dari Zaman Pra-Internet ke Era Digital
  • Perbezaan antara Perniagaan Sendiri, Stokis, Pengedar, Affiliate Marketing atau Dropship atau Ejen

 

Bab 2: Kuasa Affiliate Marketing

  • Bagaimana Affiliate Membantu Pelanggan?
  • Membantu Individu dan Insan Biasa Membina Kekayaan
  • Kisah Inpirasi: Dear Carynn

 

Bab 3: Jenis-jenis Affiliate Tempatan di Malaysia

  • 7-11, 99 Speedmart, Kedai Serbaneka dan Pasar Raya
  • Affiliate dalam Dunia Internet
  • Kerjasama Affiliate dengan Perniaga Tempatan – Jakel

 

Bab 4: Jenis-jenis Affiliate Antarabangsa

  • Amazon Associates
  • ClickBank
  • Commission Junction (CJ Affiliate)
  • Rakuten Affiliate Network
  • ShareASale
  • Shopify Affiliate Program
  • Agoda dan Booking.com

 

Bab 5: Persediaan untuk Menjadi Seorang Affiliate

  • Kelebihan dan Kekurangan Affiliate
  • Persaingan Sengit
  • Pendapatan yang Tidak Stabil
  • Memerlukan Masa dan Dedikasi yang Tinggi
  • Risiko Memilih Produk yang Salah

 

Bab 6: Mulakan Perniagaan Affiliate Anda

  • Memilih Niche dan Mengenali Pasaran Sasaran
  • Tip Memilih Niche yang Menguntungkan
  • Kemahiran yang Wajib Ada
  • Jenis-jenis Medium Mempromosikan Pautan
  • Kerja-kerja Asas Membangunkan Affiliate Marketing

Bab 7: Rahsia Penjanaan Ratusan Ribu Ringgit

  • Membangkitkan Kesedaran Mengenai Keperluan
  • Menawarkan Penyelesaian
  • Membina Kepercayaan
  • Membangunkan Jenama Peribadi

 

Bab 8: Kerjaya Affiliate Bukan Sekadar Atas Talian

  • Membina Pendapatan Lumayan Melalui Jaringan Rujukan
  • Konsep Affiliate Jaringan yang Mampu Menjana Jutaan Ringgit tetapi Sering Disalah Tafsir
  • Hartanah, Insurans dan Broker Saham
  • Program Ejen Affiliate

 

Bab 9: Jangan Berhenti Membuat Affiliate Marketing

  • Meneruskan Affiliate Marketing walaupun Mempunyai Bisnes Sendiri
  • Mengembangkan Jangkauan dan Meningkatkan Pengaruh serta Menjimatkan Kos
  • Mencipta Sumber Pendapatan Tambahan
  • Membuka Peluang Affiliate untuk Mengembangkan Empayar Bisnes Anda
  • Menjadi Deal Maker Menjadikan Anda Jutawan

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024