Artikel

Saidina Hassan: Cucu Rasulullah yang Hilang

oleh Nabilah Huda Megat Mohamad Hamdan pada 11 Jul 2014

Tentunya kebanyakan antara kita semua tidak tahu tentang Khalifah yang ke-5 selepas Khulafa al-Rashidin. Saidina Hassan merupakan cucu Rasulullah s.a.w dan juga dilantik sebagai khalifah yang ke-5 selepas Saidina Ali yang merupakan bapanya sendiri.

Cucu Rasulullah yang Hilang menyingkap tentang sejarah Saidina Hassan yang jarang diceritakan dalam perbincangan umat pada hari ini. Kisah adik kepada Saidina Hassan, iaitu Saidina Hussein lebih banyak dibincangkan.

Buku sejarah Islam ini mengupas tentang seorang khalifah yang sangat rendah diri tetapi sungguh tegas dalam memberi pandangan.

Antara isi kandungan di dalam buku ini adalah sebab Saidina Hassan, khalifah kelima yang asal, menyerahkan kuasa kepada Muawiyah, nasihat-nasihat yang diberikan kepada bapanya sejak sebelum kematian Uthman, dan pelbagai lagi pendedahan yang lebih jelas tentang pendirian Saidina Hassan.

Buku in harus dimiliki oleh para pembaca terutamanya umat Islam itu sendiri bagi lebih mengenali siapa sebenarnya insan yang bernama Saidina Hassan, ahli keluarga Rasulullah s.a.w., sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w, musuh Islam, dan juga apa yang sebenarnya berlaku sewaktu zaman kekacauan awal Islam. 

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024