Buku

Melabur Untuk Kaya

oleh Afyan Mat Rawi, Farhana Syazwani, IFP (Islamic Financial Planner)

RM 35.00 / RM 38.00Sabah/Sarawak

ISBN: 978-629-493-071-1

Kod Bar: 9786294930711

Muka Surat: 196

Saiz (inci): 6 x 9

Saiz (cm): 23 x 15.3

Tarikh Terbit: 22 Jan 2025

Kategori:

BISAC: BUSINESS & ECONOMICS / Management / Budgeting / Personal Finance / Money Management / Retirement (BUS041000) (BUS006000) (BUS050030) (BUS050040)

"Melabur untuk Kaya" adalah panduan transformasi kewangan yang mendedahkan jalan menuju kebebasan dan kejayaan kewangan. Ditulis dengan gaya yang mudah difahami, buku ini mengandungi kisah inspirasi seperti Ronald Read, seorang penjaga bangunan yang berjaya mengumpul kekayaan jutaan dolar serta strategi pelaburan yang relevan untuk semua peringkat kehidupan.

Dari pelaburan dalam saham, emas, hartanah, hingga unit amanah. Anda akan dipandu untuk membuat pilihan pelaburan yang tepat, mengelak daripada perangkap skim cepat kaya dan memanfaatkan setiap peluang yang ada. Lebih daripada sekadar teori, buku ini menekankan pentingnya mindset yang betul, ilmu yang kukuh dan strategi yang bijak untuk mengubah keadaan kewangan anda menjadi legasi yang berkekalan.

Sama ada anda seorang pemula yang baru mencuba atau pelabur berpengalaman, "Melabur untuk Kaya" adalah kunci untuk menjana kekayaan, mencapai kebebasan kewangan, dan membina masa depan yang lebih cerah untuk diri dan keluarga anda. Temui rahsia pelaburan yang efektif dan bersiaplah untuk menggapai impian kewangan anda dengan keyakinan dan pengetahuan yang mantap.

Jadikan langkah pertama anda ke arah Merdeka Wang (Financial Freedom) dengan "Melabur untuk Kaya"!

From Rag to Riches: Ronald Read, Kisah Si Penjaga Bangunan Menjadi Jutawan 

 

BAB 1: Mengapa Perlu Melabur? 

Konsep Masa adalah Nilai Wang atau Time Value of Money (TVM) 

Inflasi Oh Inflasi! 

Matlamat Kewangan 

Persaraan 

FIRE – Bina Pendapatan Berulang 

Tinggalkan Legasi Jadi Jutawan yang Dermawan

Pelaburan yang Popular Pada Masa Ini 

Rumusan

 

Kisah Daripada Riches To Rag: Kisah Jutawan Jatuh Terduduk 

 

BAB 2: Sebelum Melabur – Apa yang Perlu Anda Tahu? 

Pertahanan VS Serangan

Tetapkan Matlamat Pelaburan – Be SMARTER

Apa implikasi apabila seseorang melihat perniagaan, pelaburan dan simpanan adalah perkara sama? 

Mengubah Pemikiran dan Menambah Ilmu Kewangan: Langkah Pertama Ke Arah Pelaburan yang Lebih Baik 

Peraturan 72 

Profil Risiko 

Pengurusan Risiko – Konsep Diversifikasi 

Instrumen Terbaik Untuk Pelaburan pada Waktu Gawat

Musuh Utama Pelaburan 

Berhati-hati dengan Pelaburan yang Menawarkan Tiga Ciri Ini

Rumusan

 

Warren Buffet VS Takashi Kotegawa

 

BAB 3: Pelaburan Berdasarkan Matlamat 

Jangka Panjang vs Jangka Pendek 

Cara Pelaburan yang Membosankan 

Pengkompaunan (Compounding) 

Dividen 

Laba Modal (Capital Gain) 

Perbezaan Pelaburan Unit Trust Dengan Private Mandate Account Managed Unit Trust (PMA Managed UT) 

Pelaburan RPS atau IRPS: Risiko Tinggi Dengan Pulangan yang Tinggi 

Pelaburan Syariah VS Konvensional 

Pelaburan Saham VS Perdagangan Saham 

Melabur di dalam atau di luar negara?

Rumusan

 

BAB 4: Di Mana dan Bagaimana Melabur di Malaysia? 

Unit Amanah 

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Tabung Haji (TH)

Emas 

Penasihat Pelaburan Digital (Robo-Advisor) 

Dana yang Diniagakan di Bursa atau Exchange-Traded Fund (ETF) 

Saham 

Kripto 

Hartanah 

Rumusan 

 

BAB 5: Apa Perlu Dibuat Selepas Melabur? 

Cara Menyelenggara Rekod (Keep Track) Portfolio

Apa Perlu Buat apabila Pasaran Jatuh? 

Saham dan Unit Trust Jatuh, Apa Nak Buat? 

Bila Perlu Jual atau Beli? 

Pengurusan Emosi 

 

BAB 6: Takaful Sebuah Pelaburan Ataupun Sebaliknya? 

Simpanan dan Pelaburan dalam Takaful: Realiti dan Peringatan Penting 

Kes Sebenar: Takaful Bukan Simpanan ataupun Pelaburan 

Isu Menipu dalam Takaful Untuk Pelaburan 

Kenapa Masih ada Ejen Mempromosikan Takaful Sebagai Produk

Simpanan ataupun Pelaburan? 

Rumusan

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025