Amin Idris a.k.a Abid Abdullah

Abid Abdullah dilahirkan pada 4 April 1981 di Sibu, Sarawak. Beliau mengikuti pengajian Undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa.

Abid Abdullah memulakan awal persekolahannya di Sekolah Kebangsaan Padang Garong, Kota Bharu pada 1988. Pada 1989 hingga 1990 beliau bertukar sekolah ke Sekolah Kebangsaan Sri Kiambang, Pasir Mas. Pada 1991 beliau sekali lagi bertukar sekolah ke Sekolah Kebangsaan Langgar, Kota Baharu. Sekolah Kebangsaan Sri Kiambang adalah sekolah rendah terakhir beliau pada 1992 hingga 1993.

Pencapaian yang diperoleh beliau semasa di sekolah rendah adalah pertandingan menyanyi Bintang RTM Peringkat Negeri Kelantan. Selain itu, beliau juga menyertai Pertandingan Melukis Negeri Kelantan dan menyandang Naib Johan. Beliau juga memegang jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Pengakap.

Beliau meneruskan persekolahan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan (Agama) Falahiah, Pasir Pekan dari tahun 1994 hingga 1998. Pencapaian semasa beliau di sekolah menengah adalah:

1. Naqib Usrah 1996 hingga 1998. 2. Timbalan Presiden Badan Dakwah dan Tarbiah 1997. 3. Presiden Badan Dakwah dan Kepimpinan 1998. 4. Exco Tugas-tugas Khas Badan Pengawas. 5. Wakil Daerah Sukan Badminton. 6. Wakil Daerah Sukan Bola Tampar. 7. Wakil Sekolah Sukan Ping Pong. 8. Presiden Kelab Seni Khat. 9. Anugerah Kepimpinan Sekolah 1998. 10.Vokalis kumpulan nasyid sekolah dari tahun 1996 hingga 1998.

Semasa menyambung pengajiannya di matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Abid Abdullah memegang jawatan setiausaha Impresi Seni pada tahun 1999. Selain itu, beliau memegang jawatan presiden Majlis Perwakilan Pelajar Matrikulasi UIAM pada tahun 2000.

Selepas tamat matrikulasi UIAM, beliau kemudian ke UIAM Kampus Induk, Gombak. Sepanjang pengajiannya di UIAM Gombak, beliau aktif dalam aktiviti berpersatuan dan prihatin dengan isu-isu kemasyarakatan, nasional dan antarabangsa. Aktif dalam persatuan Mahasiswa Undang-Undang UIAM bermula tahun 2001 hingga 2005, bertindak sebagai pembantu khas Presiden Majlis Perwakilan Pelajar UIAM sejak tahun 2001 hingga 2005.

Amin Idris a.k.a Abid Abdullah kini adalah fasilitator dan felo penyelidikan di RK Training & Management. Berpengalaman sebagai wartawan sambilan, aktif menulis di akhbar-akhbar harian, majalah dan laman-laman web. Siswazah undang-undang UIA ini mempunyai pengalaman luas dalam menganjurkan program dan latihan dalam bidang kepemimpinan remaja dan belia. Beliau menulis beberapa buah buku kepemimpinan remaja seperti RK Presiden, RK Pustakawan, RK Ketua Biro, RK Ketua Pasukan, RK Pemimpin Wibawa dan RK Mesyuarat Berkesan. Beliau juga menulis skrip untuk TV Pendidikan dan menjadi pengacara di rancangan-rancangan TV Pendidikan. Lawati laman web beliau di www.aminidris.com atau www.fuyoo.com.