Penulis

Azhar Ahmad (Tembakau)

Tembakau atau nama sebenarnya Azhar b. Ahmad lahir di Kuala Kangsar, Perak pada 29 Ogos 1972. Anak Perak ini mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Iskandar Shah, Parit dan seterusnya Sek. Men. Keb. Agama Sultan Azlan Shah, Bota. Dalam menyambung pelajarannya, beliau keluar masuk IPT tetapi tidak pernah dapat menghabiskan pengajian beliau kerana sifatnya lebih cenderung ke arah seni persembahan teater dan lukisan. Dalam tahun 1994, beliau memulakan profesion selaku pelukis storyboard bagi animasi bersiri pertama Malaysia Usop Sontorian terbitan Kharisma Pictures. Dari situ dia mengolah kraf penceritaan dan mempertajamkan lagi lukisannya dengan menghasilkan kartun lerai untuk majalah Ujang. Pada tahun 1997, dia menghabiskan naskhah komik pertamanya yang berjudul Kartini terbitan Multi Triple Vision Sdn. Bhd. Secara tidak langsung, Kartini Kembali adalah kesinambungan dari Kartini dan naskhah kedua daripada Tembakau yang pernah dikeluarkan secara bersiri dalam Aku dan Sesuatu terbitan Aie Production.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024