Kartini
oleh Azhar Ahmad (Tembakau)


Versi Cetak

RM 6.9

Beli Online

Boleh juga dibeli di Kedai Buku PTS

Sabah/Sarawak: RM 7.9
Format:
Saiz:

Jumlah Muka Surat: 112

ISBN-13: 9771985887009

ISBN-10: ISSN 1985-8876

Tarikh Terbit: 17 Apr 2009

PTS Publishing House


Versi eBook

Ariyon atau Muhammad Asri, pelajar nakal di sebuah sekolah agama berasrama. Dalam kenakalannya itu, dia sebenarnya menaruh hati pada pelajar bernama Kartini. Maka bermulalah kisah-kisah kenakalannya dalam memikat hati Kartini. Masalah pelajaran, disiplin dan ragam kehidupan di asrama mengajar Aryon mencari pegangan dan arah hidup. Sehingga tamat pengajian dan sudah bekerja, Aryon masih tetap berusaha memenangi hati Kartini. Berjayakah dia? “Tembakau - beliau seorang pencerita yang sangat jujur. Bakat yang unik dan antara kartunis terbaik pernah saya temui. Memberi persepsi kehidupan dengan karyanya yang tersendiri serta mengajak kita merenung realiti. Jika anda mencari suatu bahan bacaan yang santai tetapi mampu menyuntik kekuatan dalam mengendalikan emosi dan gelojak jiwa, saya mencadangkan KARTINI.” - Kartunis UJANG Aku Budak Minang, Atuk, Jibam, Malim Pelita www.ujangonline.com “Satu lagi karya Tembakau yang bakal menyentuh pemikiran dan perasaan anda semua. Dengan sentuhan visual yang muncul melalui persepsi beliau sendiri, karya ini akan menjentik sanubari dan nostalgia zaman persekolahan anda. Memang sukar dinafikan, Tembakau adalah antara pengkarya kartun terhebat di negara ini. Keep up the good work bro. All the best! You inspired us all!” - Kartunis Rambai www.rambai-art.blogspot.com “Karya Tembakau mempunyai kandungan ‘surrealism’, nostalgik dan dekat di hati. Lukisannya walaupun kasar dan ‘raw’ mempunyai kekuatan tersendiri. Permainan panel, komposisi dan ekspresi yang bertenaga membuatkan koleksi Kartini ini mesti ada dalam koleksi komik anda.” - Muhamad Azhar Abdullah, Presiden PeKOMIK Malaysia www.azharsketch.tk

-

Buku Berkaitan

Berita

Kartini Kembali di Kedai Buku 1 Malaysia

Masihkah kita ingat dengan kartunis Tembakau? Adakah kita masih ingat dengan cerita Kartini? ... Selanjutnya»


Errata