Penulis

Azree Hanifiah

Azree Hanifiah merupakan seorang pereka laman web korporat dan juga fotografer yang beroperasi di Kuala Lumpur. Telah melibatkan diri dalam bidang pemasaran internet sejak tahun 2006. Beliau sering mengadakan bengkel membina laman web bagi tujuan bisnes kecil, pendidikan dan korporat. Buku ini adalah buku yang pertama ditulis oleh beliau dalam bidang pemasaran internet yang menjurus kepada perkara teknikal dan juga pendekatan pemasaran secara halus. Beliau merupakan trainer khusus dalam bidang pembangunan laman web, fotografi dan pemasaran internet untuk individu, agensi swasta, badan kerajaan dan universiti.

Sehingga hujung tahun 2010, setiap pelanggan beliau tidak kira untuk pembangunan laman web korporat atau juga fotografi, semuanya datang hasil daripada pemasaran internet. Perkara ini dapat dipastikan kerana beliau tidak pernah mempunyai kad bisnes untuk diberikan dan beliau hanya bergantung kepada portfolio yang diletakkan di internet sahaja. Ini membuktikan pemasaran internet boleh digunakan bukan sahaja untuk bisnes bersaiz kecil, malah juga yang bersaiz besar.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024