Penulis

Gambar_penuh_aizam

Mohd Aizam Mas’od

Penulis dilahirkan dan dibesarkan di negeri Pahang. Mendapat pendidikan awal di SMA al-Khairiah, Temerloh dan SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan Pahang, Jerantut sebelum melanjutkan pengajian di Universiti Al al-Bayt, Jordan dalam bidang Usuluddin. Ketika di Jordan, penulis sempat bertalaqqi dengan beberapa orang ulama besar seperti Syeikh Prof. Dr. Qahtan Abdul Rahman al-Duri, Syeikh Prof. Dr. Abdul Qadir al-Sa’di, Syeikh Shu’ayb al-Arna’uth dan lain-lain. Penulis seterusnya menyambung pengajian di peringkat Sarjana dan PhD dalam bidang Usuluddin (Pemikiran Islam) di Universiti Malaya. Penulis juga memiliki Sijil Kursus Pengurusan Dakwah dan Pengamalan Fatwa daripada Universiti al-Azhar, Mesir. Sepanjang kerjayanya sebagai Pegawai JAKIM, penulis pernah menjadi Penolong Pengarah Cawangan Akidah, Bahagian Penyelidikan JAKIM, Ketua Unit Penyelidikan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dan Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Selain itu, penulis turut dilantik mengganggotai beberapa jawatankuasa penting di peringkat kebangsaan seperti Panel Pakar Aqidah JAKIM, Panel Pengawalseliaan Pengubatan Islam KKM (2020) dan Panel Deradikalisasi KDN (2019).

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024