Buku

Biarlah Aku Buat Maksiat Pun, Yang Penting Aku Masih Beriman

oleh Mohd Aizam Mas’od

RM 25.00 / RM 27.00Sabah/Sarawak
Beli Versi Cetak
Bookcafe Shopee Lazada
Beli Versi Ebook
 

ISBN: 978-967-481-751-0

Muka Surat: 296

Saiz: 6"x9"

Tarikh Terbit: 15 Dec 2021

Kategori:

Ada di antara mereka yang mendirikan solat lima waktu sehari semalam, berpuasa dalam bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan ada yang menunaikan haji.

Namun, mereka juga membuka aurat, menipu, mengambil rasuah, memaki hamun, minum arak, berzina bahkan menentang beberapa hukum Allah yang mereka tidak suka.

Mereka percaya mereka beriman. Bagi mereka, iman di dalam hati hanya mereka dan Allah sahaja yang tahu.

Mereka percaya, mereka juga akan menjadi ahli syurga.

Adakah apa yang mereka percaya ini benar mengikut pandangan Islam?

Buku ini adalah kajian ilmiah yang dijalankan oleh penulis dalam mengupas fenomena Irja’ yang berlaku dalam kalangan ummat Islam khususnya di Malaysia.

Penulis mengupas secara terperinci dan padat mengenai fahaman seperti sekularisme, kapitalisme, humanisme, hedonisme dan kesannya kepada iman ummat Islam.

Penulis juga mengupas berdasarkan kes-kes sebenar di Malaysia melibatkan ummat Islam yang mengenepikan amalan sebagai sebahagian dari Iman.

​PENGANTAR PENULIS

PENDAHULUAN

BAB 1 : SEJARAH KEMUNCULAN PEMIKIRAN IRJA’ DAN KUMPULAN MURJI’AH

  • Sejarah Awal Kemunculan Murji’ah.
  • Perkembangan Murji’ah menjadi satu aliran pemikiran.

BAB 2 : PERSOALAN IMAN ANTARA PEMIKIRAN IRJA’ DAN AHLI SUNNAH

  • Apakah Pemikiran Irja’?
  • Contoh Pemikiran Irja’ Menurut Beberapa Kumpulan Murji’ah.
  • Definisi Iman Menurut Ahli Al-Sunnah Wa Al-Jamaah.
  • Deifinisi Iman Menurut Pemikiran Irja’.
  • Dalil-dalil Murji’ah Tentang Pengertian Iman dan Jawapan Ahli Al-Sunnah.
  • Dalil Murji’ah Daripada Al-Sunnah.
  • Kedudukan Pemikiran Irja’ Menurut Ahli Al-Sunnah Wa Al-Jamaah.

BAB 3: PERANG IDEOLOGI DAN KESANNYA TERHADAP IMAN

  • Sekularisme
  • Nilai-nilai Sekulariseme yang Menentang Agama.
  • Kesan Fahaman Sekularisme Terhadap Iman.
  • Kapitalisme.
  • Ciri-ciri Ekonomi Kapitalisme.
  • Kesan Ekonomi Kapitalis Terhadap Iman.
  • Humanisme.
  • Doktrin Humanisme.
  • Kesan Fahaman Humanisme Terhadap Iman.
  • Hedonisme.
  • Medium Penyebaran Hedonisme.
  • Kesan Hedonisme Terhadap Kedudukan Iman.

BAB 4 : FENOMENA IRJA’ DALAM MASYARAKAT ISLAM DAN IMPLIKASINYA DI MALAYSIA

  • Sorotan Penghayatan Islam Dalam Masyarakat Islam di Malaysia.
  • Fenomena Irja Aspek Akidah.
  • Membenarkan Murtad Atau Pertukaran Agama.
  • Menyambut Perayaan Agama Lain.
  • Fenomena Irja Aspek Syariah
  • Fenomena Irja’ Aspek Akhlak.

BAB 5 : IMPLIKASI FENOMENA IRJA’ TERHADAP UMAT ISLAM

  • Memberi Ruang Kepada Ideologi Asing Merosakkan Islam Dari Dalam.
  • Memberi Kelonggaran Kepada Batas-Batas Yang Menjejaskan Iman.
  • Mengubah Islam Menjadi Agama Kepercayaan Semata-mata.
  • Mengubah Persepsi Umat Islam Terhadap Dosa dan Azab Neraka.
  • Menyesatkan Golongan Awam Umat Islam Yang Tidak Mendalami Islam.
  • Kesimpulan.

PENUTUP

BIBLIOGRAFI

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024