Penulis

Muhammad Hanief Awang Yahaya

Muhammad Hanief bin Awang Yahaya, dilahirkan di Kubang Kerian, Kelantan pada 1976. Menerima pendidikan awal di Maahad Muhammadi Lelaki Kota Bharu Kelantan. Menyambung pengajian di peringkat ijazah di Universiti Malaya dalam bidang Syariah, dengan pengkhususan Fiqh dan Usul.

Kemudian menyambung pengajian secara Talaqqi di Jamiah Faroqiah Karachi, Pakistan dan juga Pengajian Tafsir Jamiah Makhzan Ulum di Khanpur, Pakistan. Beliau menyambung pengajian hadis secara Talaqqi di Darul Kautsar. Sekarang bertugas di Darul Kautsar, sebagai guru kanan dalam bidang hadis dan ulum hadis. Aktif menyampaikan kuliah di masjid terutamanya tafsir dan Tadabbur Al-Qur’an dan kitab-kitab hadis. Antara hasil karya ialah terjemahan dan syarahan kitab al-Fiqh Al-Akbar Imam Abu Hanifah, Qawaid Fiqhiyyah Kuliyyah dan terjemahan Taysir Mustalah Hadis.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024