Penulis

Robin_Sharma

ROBIN SHARMA

ROBIN SHARMA ialah seorang aktivis kemanusiaan yang dihormati di peringkat global. Beliau juga terkenal sebagai salah seorang penasihat terkemuka dunia dalam bidang kepimpinan dan pembangunan diri ke tahap optimum. Antara klien beliau termasuk jutawan, ahli sukan profesional terkenal serta pelbagai syarikat gergasi yang tersenarai dalam Fortune 100. Buku beliau, seperti The Monk Who Sold His Ferrari, The Greatness Guide, dan The Leader Who Had No Title, adalah antara buku paling laris di pasaran, malah menduduki tangga pertama dalam senarai jualan. Buku-buku ini telah diterjemahkan ke dalam lebih 92 bahasa, menjadikan Robin Sharma salah seorang penulis hidup dengan bilangan pembaca paling ramai di dunia.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025