Buku

THE 5 AM CLUB (Edisi Bahasa Melayu)

oleh ROBIN SHARMA

terjemahan oleh Norliza Abu Bakar

RM 45.00 / RM 48.00Sabah/Sarawak

ISBN: 978-629-493-042-1

Kod Bar: 9786294930421

Muka Surat: 400

Saiz (inci): 6 x 9

Saiz (cm): 23 x 15.3

Tarikh Terbit: 12 Apr 2025

Kategori:

BISAC: BUSINESS & ECONOMICS / Decision-Making & Problem Solving / Leadership / SELF-HELP / Personal Growth / Self-Esteem / Self-Management (BUS019000) (BUS071000) (SEL023000)

Robin Sharma, seorang pakar terkenal dalam bidang kepimpinan dan pencapaian elit, memperkenalkan konsep The 5 AM Club lebih 20 tahun yang lalu. Konsep yang dibangunkan ini berdasarkan rutin pagi yang produktif, telah membantu ramai klien beliau meningkatkan produktiviti mereka ke tahap maksimum. Malah, ia juga membantu mereka mencapai tahap kesihatan terbaik sambil menikmati kehidupan yang lebih tenang, meskipun dalam era kehidupan manusia yang semakin kompleks.

Buku ini berpotensi untuk mengubah kehidupan kita. Penulis mengambil masa empat tahun untuk menyiapkannya, memberikan kita peluang untuk mempelajari tabiat bangun awal pagi yang telah membantu ramai individu mencapai kejayaan luar biasa. Pada masa yang sama, mereka juga berjaya meningkatkan kualiti hidup, menjadi lebih bahagia, bersemangat dan berjiwa besar.

Isi kandungan buku ini disampaikan secara santai dan menarik melalui dua watak utama yang pada awalnya tidak saling mengenali. Mereka bertemu dengan seorang lelaki yang kelihatan seperti seorang yang 'gila-gila', namun sebenarnya ialah seorang jutawan berjaya. Lelaki itu akhirnya menjadi mentor rahsia mereka. Melalui konsep The 5 AM Club, kita dapat mempelajari perkara-perkara berikut:

  • Bagaimana golongan genius, ahli perniagaan dan cendekiawan bertaraf dunia memulakan hari mereka seawal pagi untuk mencipta hasil yang luar biasa.
  • Formula yang jarang diketahui umum, tetapi boleh diamalkan dengan segera untuk bangun awal pagi dengan penuh inspirasi, fokus dan semangat tinggi, bagi memastikan kejayaan setiap hari.
  • Langkah demi langkah untuk melindungi tempoh paling tenang, iaitu sebelum subuh, supaya kita boleh meluangkan masa untuk bersenam, bermuhasabah, dan membangunkan keperibadian diri.
  • Amalan berdasarkan kajian neurosains yang terbukti memudahkan kita bangun awal pagi ketika orang lain masih tidur. Waktu ini sangat berharga untuk berfikir, menzahirkan kreativiti, dan memulakan hari dengan tenang tanpa tergesa-gesa.
  • Taktik dalaman untuk melindungi anugerah, bakat, dan impian kita daripada tergugat oleh gangguan digital dan perkara remeh-temeh. Dengan ini, kita dapat mencipta kehidupan yang cemerlang, memberi pengaruh besar, dan memberi impak positif kepada dunia.

K A N D U N G A N

Cubaan Bunuh Diri.

Falsafah Harian untuk Menjadi Legenda.

Pertemuan Tidak Diduga dengan Lelaki Asing yang Menakjubkan

Buang Segala Kebiasaan yang Tiada Manfaat

Kembara Aneh Bagi Menguasai Waktu Pagi

Terbang ke Kemuncak Potensi Diri; Produktif, BerbudiPekerti dan Tidak Terkalahkan

Persediaan Bagi Perubahan Bermula di Syurga Dunia

Kaedah 5 Pagi: Rutin Pagi Pembangun Dunia

Rangka Kerja untuk Menyerlahkan Keunggulan

4 Fokus Pencipta Sejarah

Mengemudi Arus Kehidupan

Protokol The 5 AM Club Bagi Memupuk Tabiat

Ahli The 5 AM Club Belajar Tentang Formula 20/20/20 

The 5 AM Club Memahami Keperluan Tidur 

The 5 AM Club Mempelajari 10 Taktik Genius Kekal Sepanjang Zaman

The 5 AM Club Mengamalkan Kitaran Kembar Prestasi Elit

Ahli The 5 AM Club Menjadi Hero Kehidupan Sendiri

Lima Tahun Kemudian

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025