Sri Rahayu Mohd Yusop, anak jati Tanjong Karang, Selangor telah menulis 13 buah novel semenjak tahun 2001. Beliau telah memenangi hadiah dalam beberapa sayembara peringkat nasional. Antara karya-karya beliau dalam genre fantasi dan sains fiksyen ialah Odisi Tanah Kencana, Impuls/Roh, Equilibria dan Transgenik Sifar. Novel beliau yang bertajuk Bimasakti Menari kini digunakan sebagai teks wajib Komponen Sastera Bahasa Melayu Tingkatan 5 di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Melaka.