Stuart Tan, MBA (Western Michigan), BA (Hons), S.D.C.G. adalah Pengarah Eksekutif Adam Khoo Learning Technologies Group. Dia adalah seorang penceramah sejak tahun 1994 dalam bidang pembangunan diri, meningkatkan prestasi, kepimpinan dan komunikasi. Dia adalah pelatih NLP termuda di Asia. Stuart menerima lesen pelatihnya dari pengasas NLP, Dr. Richard Bandler pada tahun 1997.Sebagai seorang toastmaster terkenal di Singapura, Stuart banyak mengambil bahagian dan memenangi banyak pertandingan pengucapan awam peringkat kebangsaan. Dia juga adalah naib juara Toastmasters International, District 51 (Pan South-East Asia), Impromptu Speech Contest 2001, juara Toastmasters International District 51 (Pan South-East Asia), Evaluation Speech Contest 2002. Stuart adalah ahli Association for Supervision and Curriculum Development (ASCD), USA, The American Academy of Experts in Traumatic Stress (AAETS) dan memiliki sijil Pengurusan Stress Akut dan Trauma (Acute Traumatic Stress Management).
12, Jalan DBP,
Dolomite Business Park,
68100 Batu Caves, Selangor, Malaysia
+603 6188 0316
+603 6189 0316
Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024