Suraiya Chapakiya adalah calon Doktor Falsafah (Ph.D.) Bahasa Melayu di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, Malaysia. Beliau adalah lepasan Ijazah Sarjana Muda (BA) Jabatan Bahasa Melayu di Universiti Islam Yala (Universiti Fatoni), Selatan Thailand; dan Ijazah Sarjana Sastera Bahasa Melayu (MA) di Universiti Sains Malaysia. Di samping itu, beliau juga berkhidmat di Dewan Bahasa dan Pustaka Melayu Thailand, Pusat Pentadbiran Wilayah Sempadan Selatan (SBPAC).