Penulis

Susan-Cain-FINAL-Official-Author-Photo-Credit-Aaron-Fedor-1576x2048

Susan Cain

SUSAN CAIN merupakan pengasas Quiet Revolution dan pengarang Quiet: The Power of Introverts in a World That Can’t Stop Talking, yang sudah diterjemahkan ke dalam 40 bahasa dan berada dalam senarai buku terlaris New York Times selama lebih lima tahun. Cain juga adalah pengarang buku terlaris Quiet Power: The Secret Strengths of Introverts dan pengasas bersama Quiet Schools Network dan Quiet Leadership Institute. Tulisannya pernah diterbitkan dalam New York Times, The Atlantic, Wall Street Journal, dan beberapa penerbitan lain. 

Ceramah TEDnya ditonton lebih 14 juta kali dan dinamakan oleh Bill Gates sebagai salah satu ceramah kegemarannya sepanjang masa. Susan Cain adalah penerima Anugerah Harvard Law SchoolCelebration Award for Thought Leadership dan Anugerah Toastmasters International Golden Gavel Award bagi kategori Komunikasi dan Kepimpinan. Susan juga turut dinamakan sebagai seorang daripada 50 Pakar Kepimpinan dan Pengurusan terbaik di dunia oleh majalah Inc

Susan merupakan graduan kepujian dari Princeton Law School dan Harvard Law School. Sekarang, Susan menetap di Hudson River Valley  bersama suami dan dua anak lelakinya. Ketahui lebih lanjut tentang Susan Cain and the Quiet

Revolution di www.quietrev.com.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024