Sekurang-kurangnya satu pertiga daripada individu yang kita kenali adalah introvert. Mereka adalah golongan yang lebih suka mendengar daripada bercakap; suka berinovasi dan mencipta tetapi tidak suka mempromosikan diri; lebih suka bekerja sendiri daripada bekerja dalam pasukan. Kita semua berhutang budi kepada ramai golongan introvert ini seperti Rosa Parks, Chopin, Dr. Seuss, Steve Wozniak atas sumbangan besar mereka kepada masyarakat.
Dalam Quiet, Susan Cain menulis yang kita semua tidak menghargai golongan introvert dan tindakan itu sangat merugikan. Cain berkongsi tentang kebangkitan Extrovert Ideal sepanjang abad kedua puluh dan meneroka sejauh mana perkara itu sudah meresap dalam budaya kita. Cain juga memperkenalkan beberapa individu introvert yang berjaya, seperti seorang penceramah awam yang cerdik, bersemangat tinggi yang akan mengecas semula diri dengan duduk bersendirian selepas sesi ceramahnya dan seorang jurujual yang memecahkan rekod jualan dengan menggunakan kuasa soalan secara senyap. Semua hujah dikongsikan dengan penuh semangat, diselidik dengan penuh teliti dan dipenuhi dengan pelbagai kisah individu sebenar. Quiet mempunyai kuasa untuk mengubah cara kita melihat introvert dan cara mereka melihat diri mereka sendiri.
Nota Pengarang
PENGENALAN: Personaliti Utara dan Selatan
BAHAGIAN SATU: EKSTROVERT IDEAL
1. KEBANGKITAN “SESEORANG YANG AMAT DISUKAI”
Bagaimana Sifat Ekstrovert menjadi Budaya Ideal
2. MITOS KEPIMPINAN BERKARISMA:
Budaya Personaliti, Seratus Tahun Kemudian
3. APABILA KERJASAMA MEMBUNUH KREATIVITI:
Kebangkitan Kumpulan Fikir Baru dan Kehebatan Bekerja Sendirian
BAHAGIAN DUA: BIOLOGI ANDA, DIRI ANDA?
4. ADAKAH PEMBAWAAN SATU KETENTUAN?:
Sifat Semula Jadi, Sifat yang Dipupuk dan Hipotesis Orkid
5. BUKAN SEKADAR PEMBAWAAN:
Peranan Kehendak Sendiri dan Rahsia Pengucapan Awam untuk Introvert
6. FRANKLIN SEORANG AHLI POLITIK, TETAPI ELEANOR BERSUARA KERANA KEPRIHATINAN
Kenapa perwatakan hebat bergaya dinilai terlalu tinggi?
7. KENAPA WALL STREET JATUH MENJUNAM DAN WARREN
BUFFETT BERJAYA?
Cara Introvert dan Ekstrovert Berfikir (dan Memproses Dopamin) Secara Berbeza
BAHAGIAN TIGA: ADAKAH SEMUA BUDAYA ADA EXTROVERT IDEAL?
8. KUASA KELEMBUTAN: Orang Asia Amerika dan Ekstrovert Ideal
BAHAGIAN EMPAT: CARA MENCINTAI, CARA BEKERJA
9. BILA ANDA PERLU BERSIKAP LEBIH EKSTROVERT?
10. JURANG KOMINIKASI: Bagaimana Bercakap dengan Individu Berlawanan?
11. TUKANG KASUT DAN JENERAL:
Cara Memupuk Kanak-Kanaj Pendiam di Dunia Yang Tidak Mendengar Mereka
KESIMPULAN: Wonderland
Dedikasi
Nota Dedikasi
Nota Tentang Perkataan Introvert dan Ekstrovert
Petua untuk Ibu Bapa kepada Anak Introvert
Petua untuk Pendidik
Panduan Pembaca untuk Quiet
Sumber untuk Pembaca
Tentang Pengarang