Penulis

Wang Xuanming

Wang Xuanming adalah seorang kartunis kontemporari di China. Beliau dilahirkan pada tahun 1950 di Beijing. Latihan formal beliau adalah dalam seni komersil dan industri. Sejak 1972, beliau telah berkecimpung dalam pelbagai aspek penghasilan seni. Beliau sentiasa meneroka pelbagai cara untuk menyalurkan bakat seninya. Selain komik, buku bergambar dan ilustrasi, beliau juga juga menghasilkan lukisan cat minyak serta poster. Karya-karya beliau telah memenarngi beberapa anugerah dan telah mendapat tempat dalam album-album seni.

Karya Wang telah disiarkan secara bersiri dalam semua akhbar dan penerbitan utama di Beijing sejak 1980. Komiknya yang bertajuk Different Gravitational Forice dipuji oleh artis-artis terkenal China. Pada tahun 1987, beliau terlibat dalam pembikinan animasi Brother Elephant yang menawan hati ramai kanak-kanak apabila tersiar di kaca televisyen.

Bagi Siri Strategi dan Kepimpinan, beliau menggunakan bentuk seni yang ringkas dan lucu untuk memperkenalkan karya klasik kententeraan China kuno kepada pembaca moden. Buku-buku tersebut diterima dengan baik semasa mula diterbitkan di China dan Stesen Radio Beijing mengulas serta mencadangkan siri tersebut kepada orang ramai.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024