Sun Tzu dikenali sebagai Tokoh Ketenteraan Ulung lahir semasa era musim bunga dan musim luruh yang bergolak. Menyahut cabaran zamannya, beliau mengabdikan diri berlawan dalam pertempuran sengit, memerah keringat dan darah, beradu kebijaksanaan dan kekuatan menentang musuh. Sun Tzu Art of Business mengetengahkan kajian kes yang boleh diguna pakai dalam strategi bisnes dan mendemonstrasi cara usahawan dan ahli perniagaan menggunakan prinsip Art of War dalam mengharungi dunia yang pantas berubah dan berdaya saing.
Bagi mencapai kejayaan, usahawan mesti kenal diri sendiri dengan memahami syarikat dan situasi di sekeliling. Usahawan juga mesti kenal orang lain, yang merujuk kepada mengetahui perubahan pasaran, psikologi pelanggan, dan pesaing. Dengan menggunakan seni yang ringkas dan memasukkan unsur humor bagi menerangkan aplikasi seni perang Sun Tzu dalam dunia bisnes, Wang Xuaming menjadikan prinsip ketenteraan amat praktikal untuk semua usahawan dan ahli korporat.
Sun Tzu Art of War
Penilaian Awal
Sebelum memenangi pertempuran, mulakan dengan merancang
Berperang
Peperangan harus dimenangi dengan cepat tanpa dipanjangkan tempohnya
Serangan Melalui Muslihat
Menewaskan musuh tanpa berlawan adalah kejayaan yang sempurna
Mengatur Bala Tentera
Jangan sesekali pergi berperang tanpa persediaan
Formasi
Mencipta keadaan yang kondusif dan merebut peluang untuk menang
Kekuatan dan Kelemahan
Mahirkan diri untuk menggerakkan musuh ke tempat yang anda mahu berbanding digerakkan oleh musuh
Mengatur Pergerakan
Ubah faktor yang melemahkan kepada yang menguatkan serta merebut peluang untuk berlawan
Sembilan Variasi Taktik
Lakukan perubahan taktik yang fleksibel mengikut perubahan di medan perang
Topografi
Geografi ketenteraan tidak harus diabaikan
Sembilan Jenis Kawasan Strategik
Lancarkan serangan mengejut ke atas musuh dan menyelinap jauh ke dalam wilayah musuh
Menyerang Dengan Api
Bertindak dari dalam bersama koordinasi dengan ketumbukan dari luar yang dibantu dengan api.
Risikan
Pengintipan strategik adalah nadi peperangan