Penulis

Zamri Aminuddin adalah Pengurus Pusat Pendidikan Berterusan UIAM (ICCE) dan mempunyai pengetahuan dan pengalaman luas dalam bidang pendidikan dengan memegang beberapa jawatan penting di beberapa Institut Pengajian Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Berkelulusan dalam bidang perakaunan dari Universiti Utara Malaysia (UUM). Beliau juga adalah penterjemah bebas dan pernah mengikuti kursus asas terjemahan Institut Terjemahan Negara (ITNM). Beliau juga terlibat dalam kerja-kerja terjemahan beberapa buku akademik dan manual bagi beberapa entiti dan institusi pendidikan.