Rights & Licensing

Biografi Muhammad bin Abdullah (Edisi 2010)

Biography of Muhammad bin Abdullah

oleh Dato Dr. Zulkifli Mohd. Yusoff

Tarikh Terbit: 7 Jan 2010

License available in all countries

Kandungan buku ini elok dan sesuai sebagai pembacaan bagi golongan yang baru mengenali Islam dan yang mahu mengetahui dengan lebih lanjut lagi tentang riwayat hidup seorang nabi dan rasul. Bukan semua pembaca suka membaca buku-buku ilmiah tentang Islam yang agak berat dengan istilah Arab.

"Sebagai seorang saudara baru, bentuk penulisan seperti buku ini akan dibeli dan dibaca.” - Aliya Yeoh, pendidik

“Membaca sirah beliau nyata membuka pemikiran dalam konteks perencanaan strategi pentadbiran. Kebijaksanaan beliau bersama sahabat nyata memukau pengkaji-pengkaji pengurusan strategik. Mungkin satu penulisan khusus boleh dilakukan oleh mereka yang berminat.” - Prof. Dr. Muhd Kamil Ibrahim, Pengarah UiTM Segamat & penulis bestseller Travelog Haji

“Dapat dibaca dan dihayati oleh semua peringkat usia. Inilah buku sirah terbaik yang pernah ditulis untuk mereka yang baru mengenali nabi.” - Zamri Zainal Abidin, penerbit Duniaku Buku, radio IKIM.fm

“Buku ini bukan sahaja wajar dijadikan hadiah kepada bukan Islam, malah kepada remaja Islam hari ini yang lebih mengenali ikon-ikon hiburan berbanding Nabi Muhammad.” - Maizura Ederis, Majalah Millenia Muslim

“Pengarang berjaya membawa karya ilmuan tentang sejarah Islam ke tahap yang mampu mengatasi novel-novel cinta dan karya popular di pasaran! Gaya penulisan bahasa Melayu yang mudah difahami, olahan yang menarik, selain perjalanan cerita yang mudah diikuti menjadikan buku ini sesuai dibaca dan dihayati oleh pelbagai peringkat umur. Terasa seperti membaca sebuah novel walaupun hakikatnya ia sebuah karya bersifat ilmiah dan sesuai menjadi bahan rujukan.” - Lelucon, blogger

His name is listed number one in the Dr. Michael H. Hartbook, The 100: A Ranking of the Most Influential Persons in History. The journey of his life became a source of  inspiration and guide for more than 1.5 billion Muslims throughout the world to this day. This magnificent book tells the history and the way of life of the last prophet form his birth until the  end of his life. It includes stories compromising the challenges and obstacles faced during his struggle to convey the religion and words of Allah. This book is recommended for  those who want to know more about the complete history of the life of Muhammad, the last holy prophet and the true messenger of Islam.

Kata Pengantar

Bab 1 Sejarah Muhammad Bin Abdullah

Bab 2 Dakwah pada Zaman Mekah

Bab 3 Hijrah ke Habsyah

Bab 4 Hijrah ke Madinah

Bab 5 Peperangan Badar

Bab 6 Peperangan Khandak

Bab 7 Peperangan Keturunan Quraizah

Bab 8 Perjanjian Hudaibiah

Bab 9 Peperangan Khaibar

Bab 10 Perutusan Muhammad kepada Pemerintah

Bab 11 Pembukaan Kota Mekah

Bab 12 Peperangan Hunain

Bab 13 Peperangan Tabuk

Bab 14 Muhammad Meninggal Dunia

Glosari

Indeks

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024