Great Work, Great Career: Kerja Hebat, Kerjaya Hebat

oleh Stephen R. Covey

Harga: RM 23.00 / RM 26.00
ISBN-13: 978-967-369-017-6
Tarikh Terbit: 3 May 2010
Jumlah Muka Surat : 176

Kategori: Bisnes & Pengurusan, Kerjaya, Pendidikan, Pendidikan Kerjaya

Penerbit: PTS Professional Publishing Sdn Bhd

Kongsi info buku ini di laman sosial:

Beli Online @ BookcafeDiskaun 15%

Kini anda boleh berkongsi ulasan berkaitan buku ini di laman sosial!

Isi Kandungan

Pengantar

Penterjemah

Kerja Hebat, Kerjaya Hebat

Sesiapapun Mampu Memiliki Kerjaya Hebat

Mulakan (atau mulakan semula)

Kerjaya yang Hebat

Mengenai Bahagian 1

Mengenai Bahagian 2

BAHAGIAN 1: APAKAH SUMBANGAN KAMU?

1. Mengenali Kebolehan Diri Sendiri

2. Mencari Perjuangan yang Sesuai

3. Berikan yang Terbaik

BAHAGIAN 2: BAGAIMANA MAHU MELAKUKAN SUMBANGAN INI?

4. Dapatkan Kerja yang Kita Mahukan

5. Bina Perkampungan Kita Sendiri

FAQ

Penutup

Sinopsis

Rahsia meraih, lantas menggenggam kerjaya yang anda idamkan selama ini. Sukar untuk anda kekal positif bagi menghadapi pergolakan ekonomi masa kini. Tetapi, setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya. Anda masih mampu menjamin kehidupan masa depan yang hebat buat diri dan keluarga. Syaratnya,anda menerima segala cabaran dan peluang di depan mata dengan sikap dan semangat yang jitu.

“Great Work, Great Career membantu anda menyelongkar minat, bakat dan kekuatan unik di dalam diri anda. Seterusnya, gunakan semuanya di tempat kerja supaya anda dapat memberi sumbangan maksima kepada kerjaya anda. Ya, hanya anda sahaja mampu lakukan sumbangan itu ." - Marcus Buckingham, penulis buku Find Your Strongest Life: What the Happiest and Most Successful Women Do Differently.

Info Penulis

Stephen R. Covey adalah seorang pakar kepimpinan, keluarga, guru, perunding organisasi dan syarikat, serta penulis yang dikenali seluruh dunia. Beliau sudah mendedikasikan seluruh hidupnya kepada pengajaran cara hidup dan kepimpinan yang
berteraskan prinsip kepada institusi keluarga dan organisasi. Beliau lulusan MBA dari Universiti Harvard dan memiliki ijazah kedoktoran dari Universiti Brigham Young, di mana beliau bertugas sebagai profesor pengajian pengurusan perniagaan
dan organisasi. Dr. Covey pernah menulis beberapa buku, termasuk bestseller antarabangsa, 7 habits of Highly Effective People, yang dinamakan Buku Bisnes #1 Paling Berpengaruh Dalam Abad Ke-20 dan diakui adalah antara 10 buku pengurusan
yang berpengaruh pernah ditulis dalam sejarah. Buku tersebut sudah diterjemah ke dalam 38 bahasa dan terjual lebih 18 juta naskhah di seluruh dunia. Lain-lain bestseller hasil tulisan beliau termasuk The 8th Habit: From Effectiveness to Greatness,
First Things First, Principle-Centered Leadership, 7 habits of Highly Effective Families,  Living 7 habits, dan Everyday Greatness, dengan lebih 20 juta naskhah terjual di seluruh dunia. Sebagai bapa kepada sembilan orang anak, dan datuk kepada 50 orang cucu, beliau turut menerima anugerah Bapa Terbaik Tahun 2003 daripada kesatuan National Fatherhood Initiative. Dan mengikut kata beliau, anugerah itu adalah yang bermakna pernah beliau menangi. Lain-lain anugerah dan penghargaan yang dimenanginya termasuk Anugerah Thomas More College bagi sumbangannya kepada umat manusia, Penceramah Terbaik Tahun 1999 dari National Speakers Association, Anugerah Toastmasters Golden Gavel pada tahun 2004, Anugerah Keamanan Antarabangsa Sikh Tahun 1998,
Anugerah Usahawan Terbaik Antarabangsa Tahun 1994, dan Anugerah Pencapaian Hidup Usahawan Kebangsaan bagi bidang kepimpinan. Dr. Covey juga pernah dinamakan majalah Time sebagai salah seorang daripada 25 Orang Amerika Yang Berpengaruh serta pernah menerima lapan ijazah kedoktoran kehormat. Dr. Covey kini bertugas sebagai penolong pengerusi dan adalah antara pengasas syarikat FranklinCovey, sebuah syarikat latihan dan perunding antarabangsa yang khusus dalam bidang pelaksanaan strategi, kesetiaan pelanggan, kepimpinan, dan keberkesanan individu. Visi dan matlamat utama FranklinCovey adalah bagi mengupas kehebatan yang terpendam dalam diri individu, organisasi, serta masyarakat di mana-mana sahaja.

Buku lain oleh penulis ini

  • Great Work, Great Career: Kerja Hebat, Kerjaya Hebat
    RM 23.00 / RM 26.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-967-369-017-6
    Tarikh Terbit: 03 May 2010
  • The Leader in Me: Setiap Orang mempunyai Bakat Memimpin
    RM 26.50 / RM 29.50 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-967-5226-95-3
    Tarikh Terbit: 07 May 2010
  • Predictable Results in Unpredictable Times: Sukses Setiap Saat
    RM 23.00 / RM 26.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-967-369-027-5
    Tarikh Terbit: 10 Jun 2010

Temubual bersama penulis