Imam Hanbali

Penilaian pembaca (Keputusan daripada 7 orang pembaca):

54321

Abdul Latip bin Talib

Harga: RM 24.00 / RM 27.00
ISBN-13: 978-983-3892-78-5
Tarikh Terbit: 23 Apr 2010
Jumlah Muka Surat : 272

Kategori: Novel Dewasa, Novel Sejarah Islam

PTS Litera Sdn Bhd

Beli@Bookcafe

Buku lain oleh penulis ini

  • Tariq-Menang ataupun Syahid
    RM 23.90 / RM 26.90 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-983-192-057-2
    ISBN-10: 983-192-057-0
    Tarikh Terbit: 19 Mar 2007
  • Ikramah-Penentang Jadi Pembela
    RM 22.90 / RM 25.90 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-983-192-068-8
    ISBN-10: 983-192-068-6
    Tarikh Terbit: 16 Apr 2007
  • Hikayat Amir Hamzah (1)-Menentang Jin di Bukit Qaf
    RM 24.00 / RM 27.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-983-192-116-6
    ISBN-10: 983-192-116-X
    Tarikh Terbit: 07 Jan 2008


Imam Hanbali digelar Al-Hakam kerana dapat menghafaz lebih 700,000 hadis dan berpengetahuan mendalam mengenai ilmu hadis. Melayakkan beliau mengeluarkan fatwa dalam hukum Fikah.  Imam Hanbali juga seorang yang sangat kuat beribadat, beliau sembahyang sunat 300 rakaat sehari semalam dan khatam Al-Quran seminggu sekali.Beliau sangat menghormati guru-gurunya. Ketika Imam Syafie menziarahinya di rumah, beliau segera bangun mengemaskan diri, menyambut  kedatangan gurunya lalu diberikan tempat duduk yang  tinggi sementara dia duduk di bawah.Imam Hanbali tTidak gemar bergurau senda, lebih suka mendiamkan diri dan berfikir. Bercakap apabila menjawab soalan mengenai hokum agama.  Suka  bergaul dengan orang-orang miskin dan kurang bergaul dengan orang kaya  dan orang-orang berpangkat.

Khalifah Harun Ar-Rasyid pernah bertanya kepada Imam Syafie tentang orang yang layak menjadi Kadi di Yaman. Imam Syafie mencadangkan muridnya Imam Ahmad. Apabila Imam Ahmad Mengunjungi Imam Syafie, beliau ditawarkan dengan jawatan tersebut  tetapi ditolaknya  dengan berkata ” Saya datang menemui tuan bukan untuk mendapatkan jawatan daripada khalifah”.Imam Hanbali  terkenal dengan sikap  pemurah.  Jirannya  pernah memberinya  sepinggan anggur dibalasnya dengan  gula, garam dan beberapa pinggan buah-buahan.Semasa  pemerintahan Khalifah Al-Makmum bin Harun Ar-Rasyid, beliau menganut  fahaman Muktazilah yang  berpendapat  Al-Quran  itu makhluk yang bersifat baharu.  

Baginda memaksa ulama-ulama  menerima pendapat itu tetapi Imam Hanbali menentangnya  dengan  mengatakan  Quran itu kalamullah yang diwahyukan kepada Nabi Muhamad melalui malaikat Jibrail.Akibat penentangannya itu  Imam Hanbali ditangkap lalu dipenjara kemudian disebat dengan rotan dalam memaksanya tunduk kepada fahaman Muktazilah.  Beliau disebat dengan rotan  sehingga kulitnya mengelupas dan keluar darah.Setelah khalifah  Al Makmun meninggal dunia diganti  khalifah Al Muktasyim. Beliau terus memenjarakan  Imam Hanbali  kerana melindungi fahaman Muktazilah. Sehinggalah Khalifah Al-Mutawakkil  yang menganut mazhab Ahli sunnah wal jamaah berkuasa barulah Imam Hanbali dibebaskan.Dalam usaha memujuk Imam Hanbali  Khalifah Al-Mutawakkil menghadiahkan 10,000 dirham. Wang itu diambilnya  tetapi kemudiannya  disedekahkan kepada fakir miskin.Pada hari-hari tuanya Imam Hanbali menjadi tempat rujukan orang ramai khususnya di Baghdad. Dalam menentapkan hukum beliau lebih mengutamakan Al-Quran dan As-Sunnah dan pendapat  para sahabat Rasulullah.Imam Hanbali meninggal dunia pada pagi hari Jumaat  12 Rabiul Awal  tahun 241 hijrah bersamaan 855 masihi ketika berusia 77 tahun dan dikebumikan di Baghdad.

Pendahuluan

Bab 1: Berhijrah ke Baghdad

Bab 2: Hebatnya Kuasa Taubat

Bab 3: Kelahiran Seorang Ulama

Bab 4: Anak yang Soleh

Bab 5: Menuntut Ilmu

Bab 6: Imam Syafie

Bab 7: Pejuang Kebenaran

Bab 8: Menjadi Guru

Bab 9: Bertemu Jodoh

Bab 10: Perang Saudara Di Khurasan

Bab 11: Pembela Kaum Muktazilah

Bab 12: Khalifah Al-Makmum

Bab 13: Imam Hanbali Difitnah

Bab 14: Debat Perdana

Bab 15: Imam Hanbali Diseksa

Bab 16: Dilema

Bab 17: Kota Amuriah

Bab 18: Imam Hanbali Diseksa Lagi

Bab 19: Mereka yang Simpati

Bab 20: Kota Amuriah Ditawan

Bab 21: Imam Hanbali  Dibebaskan

Bab 22: Abu Yazid Al-Bustami

Bab 23: Isteri-isteri yang Solehah

Bab 24: Dihormati Oleh Jin

Bab 25: Perginya Ulama Terbilang

Bibliografi


NASIHAT IMAM HANBALI

1. Dunia ini adalah tempat beramal sementara akhirat tempat menerima balasan. Sesiapa yang tidak beramal di sini akan menyesal di sana.

2. Kemuliaan diertikan sebagai meninggalkan perkara-perkara yang diingini kepada perkara yang ditakuti.

3. Diam orang berilmu kerana takut dan takwa. Diam orang jahil kerana tidak berilmu.

4. Manusia yang berkehendak kepada ilmu seumpama berkehendak kepada makanan dan air.

5. Berbahagialah mereka yang banyak menyebut nama Allah.

6. Jangan kamu mengambil ilmu dari orang yang mempelajarinya dengan tujuan keduniaan.

7. Sesiapa yang menolak hadis akan tertolak hingga ke jurang kebinasaan. Sesiapa yang mati dalam Islam dan mengikut sunnah Rasulullah maka matinya dalam kebaikan.

8. Bertanyalah kepada ahli hadis dan jangan bertanya kepada ahlii flkir kerana mereka (ahli hadis) tidak bercakap menurut pendapat sendiri.

9. Sesiapa yang menghormati ahli hadis maka tinggilah kedudukannya di sisi Rasulullah. Sesiapa yang menghina ulama hadis maka hinalah kedudukannya di sisiRasulullah.

Kongsi ulasan anda tentang buku ini:

Sekiranya anda sudah membaca buku ini; kami mengalu-alukan ulasan anda bagi membantu pelawat laman web ini memilih dan membuat keputusan samada membeli ataupun tidak buku ini.

Antara ulasan yang anda boleh sentuh ialah:-

  1. Kulit buku
  2. Isi kandungan/jalan cerita
  3. Bahasa

« Jangan lupa untuk beri bintang!
  1. nurul shafiqa binti yusof
    03 Aug 2010
    6:33 PM

    43211

    Ulasan isi kandungan/jalan cerita

    Imam Ahmad bin Hanbal atau lebih dikenali sebagai Imam Hanbali sangat memuliakan ahli Hadis kerana baginya ahli Hadis sentiasa memperkatakan perkara benar dan selaras dengan syariat. Malah, beliau sanggup pergi walau ke mana saja terdapatnya ahli Hadis tanpa memikirkan rintangan yang bakal dihadapinya.
    Pernah satu ketika beliau mendengat terdapat seorang perawi yang masyhur di Syam. Tanpa melengahkan masa, beliau terus pergi mendapatkan perawi tersebut. Sesampai sahaja di sana, Imam Hanbali mendapati perawi itu sedang memberi makan seekor anjing. Beliau lantas memberi salam. Perawi itu menjawab salam, namun sedikit pun tidak menoleh ke arah tetamunya itu. Malah terus memberi anjing tersebut makan. 
    “Apakah engkau marah kepadaku?” soal perawi itu kepada Imam Hanbali sebaik sahaja dia selesai melaksanakan kerjanya. Sebenarnya Imam Hanbali kurang senang dengan layanan perawi itu. Lantas beliau mengiyakannya.  Perawi tersebut kemudian berkata, “Di negeriku ini tidak ada anjing. Tapi anjing ini mengikutiku kerana ia lapar dan dahaga. Dengan memberikannya makanan dan minuman, aku merasa telah menunaikan tanggungjawabku seperti yang telah disampaikan kepadaku oleh Abu Zanad dari Al Araj dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda: “Siapa yang menghampakan harapan orang yang berharap kepadanya, Allah akan menghampakan harapannya pada Hari Qiamat kelak (tidak masuk Syurga).” 
    “Terima kasih. Cukuplah bagiku Hadis ini dan semoga Allah akan menyampaikan harapanmu kelak,” kata Imam Hanbali dengan tersenyum lantas beliau kembali semula ke Baghdad. 
     
     

    Imam Hanbali banyak menghabiskan masanya dengan menghadiri majlis ilmu yang dipimpin oleh Imam Syafi’ie kerana Imam Syafi’ie memiliki ilmu yang luas tentang Hadis dan sanadnya serta ilmu Usul Fiqh yang pada masa itu tidak ada pada orang lain. Beliau memeliki keinginan yang kuat untuk mencari dan menghimpunkan seberapa banyak Hadis dan khazanah ilmu.
    Sebab itu apabila sahaja mendengar berita bahawa ada seorang ahli Hadis di sebuah negeri, beliau pun berkejar ke sana tanpa memikirkan kesusahan dan cabarannya. Tidak hairanlah, khazanah Hadis yang dimiliki Imam Hanbali tidak terkira banyaknya. Dan berkat kegigihannya tersebut ramai ulama’ berkata bahawa beliau berjaya mencungkil banyak Hadis . Sekiranya tidak diusahakan oleh beliau, mungkin Hadis tersebut terpendam begitu sahaja.
    Imam Hanbali dikatakan pernah bermimpi bertemu Rasulullah SAW dan dalam mimpi itu beliau berkata kepada baginda:
    “Dapatkah kiranya tuan mendoakan saya semoga saya selamat dari seksa-Nya di akhirat kelak.?”
    Maka Rasulullah menjawab: “Aku memang telah mendoakan engkau demikian.”
    Imam Hanbali bertanya, “Bila ya Rasulullah?”
    Jawab Nabi, “Sejak engkau menghidupkan sunnahku, padahal ia telah dipendamkan oleh para ahli bid’ah”
    Ketika beliau wafat, beliau telah membacakan semua Hadis yang menjadi hafalannya untuk ditulis oleh pengikut dan anak muridnya. Apabila kertas yang ditulis dengan Hadis tersebut dikumpulkan, ia cukup untuk muatan 12 ekor unta.

  2. NURUL SHAFIQA BINTI YUSOF
    31 Jul 2010
    12:42 PM

    43211

    Ulasan isi kandungan/jalan cerita

    Imam Hanbali digelar Al-Hakam kerana dapat menghafaz lebih 700,000 hadis dan berpengetahuan mendalam mengenai ilmu hadis. Melayakkan beliau mengeluarkan fatwa dalam hukum Fikah.  Imam Hanbali juga seorang yang sangat kuat beribadat, beliau sembahyang sunat 300 rakaat sehari semalam dan khatam Al-Quran seminggu sekali.Beliau sangat menghormati guru-gurunya. Ketika Imam Syafie menziarahinya di rumah, beliau segera bangun mengemaskan diri, menyambut kedatangan gurunya lalu diberikan tempat duduk yang tinggi sementara dia duduk di bawah.Imam Hanbali tTidak gemar bergurau senda, lebih suka mendiamkan diri dan berfikir. Bercakap apabila menjawab soalan mengenai hokum agama.  Suka bergaul dengan orang-orang miskin dan kurang bergaul dengan orang kaya dan orang-orang berpangkat.

    Khalifah Harun Ar-Rasyid pernah bertanya kepada Imam Syafie tentang orang yang layak menjadi Kadi di Yaman. Imam Syafie mencadangkan muridnya Imam Ahmad. Apabila Imam Ahmad Mengunjungi Imam Syafie, beliau ditawarkan dengan jawatan tersebut tetapi ditolaknya dengan berkata ” Saya datang menemui tuan bukan untuk mendapatkan jawatan daripada khalifah”.Imam Hanbali terkenal dengan sikap pemurah.  Jirannya pernah memberinya sepinggan anggur dibalasnya dengan gula, garam dan beberapa pinggan buah-buahan.Semasa pemerintahan Khalifah Al-Makmum bin Harun Ar-Rasyid, beliau menganut fahaman Muktazilah yang berpendapat Al-Quran itu makhluk yang bersifat baharu. 

    Baginda memaksa ulama-ulama menerima pendapat itu tetapi Imam Hanbali menentangnya dengan mengatakan Quran itu kalamullah yang diwahyukan kepada Nabi Muhamad melalui malaikat Jibrail.Akibat penentangannya itu Imam Hanbali ditangkap lalu dipenjara kemudian disebat dengan rotan dalam memaksanya tunduk kepada fahaman Muktazilah.  Beliau disebat dengan rotan sehingga kulitnya mengelupas dan keluar darah.Setelah khalifah Al Makmun meninggal dunia diganti khalifah Al Muktasyim. Beliau terus memenjarakan Imam Hanbali kerana melindungi fahaman Muktazilah. Sehinggalah Khalifah Al-Mutawakkil yang menganut mazhab Ahli sunnah wal jamaah berkuasa barulah Imam Hanbali dibebaskan.Dalam usaha memujuk Imam Hanbali Khalifah Al-Mutawakkil menghadiahkan 10,000 dirham. Wang itu diambilnya tetapi kemudiannya disedekahkan kepada fakir miskin.Pada hari-hari tuanya Imam Hanbali menjadi tempat rujukan orang ramai khususnya di Baghdad. Dalam menentapkan hukum beliau lebih mengutamakan Al-Quran dan As-Sunnah dan pendapat para sahabat Rasulullah.Imam Hanbali meninggal dunia pada pagi hari Jumaat 12 Rabiul Awal tahun 241 hijrah bersamaan 855 masihi ketika berusia 77 tahun dan dikebumikan di Baghdad.

  3. faizulnizan bin wahid
    30 Jul 2010
    10:39 PM

    54321

    Ulasan isi kandungan/jalan cerita

    slm,buku yg menarik,penceritaan berkisar hidup seorang hamba Allah swt yang bertakwa,banyak pengalaman hidup yang di lalui oleh beliau yang mana bole menjadi pengetahuan dan pengajaran kepada para pambaca.selain itu para pembaca dapat mengenali peribadi diri imam hanbali dengan lebih jelas,bahasa yang di gunakan mudah di fahami dan mempunyai reka grafik cover yang menarik.

  4. faris
    23 Jun 2010
    12:40 AM

    54321

    Ulasan isi kandungan/jalan cerita

    menarik dan tidak membosankan kepada pembaca

    Ulasan kaver buku

    amat menarik

    Ulasan bahasa

    kadang kala sesetengah novel ada sedikit kesalahan ayat

  5. kaer salahuddin
    11 May 2010
    1:14 PM

    43211

    Ulasan isi kandungan/jalan cerita

    salam.

    tahniah buat pts atas kejayaan mengeluarkan sebutir lagi mutiara islam untuk tatapan umum.

    sedikit komen mengenai ilustrasi kulit depan. ana ada beli koleksi novel sejarah islam seperti imam syafie- pejuang kebenaran, imam hanafi- pendebat kebenaran dan imam maliki-pegarang kebenaran. semua pen…. kebenaran.

    tetapi mengikut gmbr dr website ini, ana lihat untuk imam hanbali juga diletakkan pejuang kebenaran, ia sama dengan imam syafie.

    mungkin dapat diletakkan, cnth imam hanbali-pembela kebenaran kerana imam hanbali kuat berusaha agar ajaran islam yg sebenar dapat disebar dengan betul dan menghalang daripada dipesongkan oleh musuh2 islam.

    just sebagai cdgn komen penambah baikkan. insyaAllah kandungan cerita ini baik. ana ada cr di kedai2 buku di kelantan, tp xjumpa lagi.

    ape2 pun, tahniah kepada semua phk yg terlibat dalam mengeluarkan novel yg amat beerti ini.

  6. Noor Azwa
    10 May 2010
    7:54 AM

    54321

    Ulasan isi kandungan/jalan cerita

    saya cuba cari buku Imam Hanbali tapi tak jumpa buku ni
    saya dah kumpul banyak buku novel sejarah islam
    saya tak akan putus asa
    saya akan cari juga buku Imam Hanbali
    maka akan lengkaplah buku nove lsejarah Islam 4 Imam tersohor dalam simpanan saya

  7. rafiq
    02 May 2010
    3:25 PM

    54321

    Ulasan isi kandungan/jalan cerita

    hebat!

Buku Pilihan

  1. 101 Akhlak Rasulullah

    Buku ini mengajak adik-adik mengenali dan memahami 101 akhlak yang boleh dicontohi. "Sesungguhnya pada diri Rasullulah itu contoh ikutan yang paling baik bagi kamu."

  2. Adab Ramadan

  3. Armagedon: 2012

  4. Baju Raya Dari Syurga

  5. Cita Rasa Malaysia - Johor

  6. Cita Rasa Malaysia - Kelantan

  7. Diari Ramadan

  8. Dunia Sains Aiman (Edisi Khas) - Diari Ramadan Aiman

  9. Hidangan Mudah, Cepat & Enak Berbuka Puasa

  10. Hidangan Mudah, Cepat & Enak Bersahur

  11. Hidangan Sesuci Lebaran

  12. Hidangan Terbaik Dunia - Brunei

  13. Hidangan Terbaik Dunia - Cina

  14. Hidangan Terbaik Dunia - Jawa

  15. Hidangan Terbaik Dunia - Siam

  16. Hidangan Terbaik Dunia - Singapura

  17. Hidangan Terbaik Dunia - Thailand

  18. Himpunan Soal Jawab Puasa

  19. Idea Bisnes Bulan Puasa

  20. Kad Raya Dari Syurga

  21. Keajaiban Ramadan

  22. Khalifah-khalifah yang Benar

    Khalifah-Khalifah Yang Benar merupakan kompilasi daripada empat buah novel sejarah Abdul Latip Talib yang terdahulu, iaitu Abu Bakar, Umar Al Khattab, Uthman Affan dan Ali bin Abi Talib.

  23. Kisah Si Puteri: Gaun Merah Jambu

  24. Komik-M Raya #1

  25. Komik-M Raya #2

  26. Memasak Sehebat Chef - Bubur

  27. Memasak Sehebat Chef - Sup

  28. Memasak Sehebat Chef… Rendang

  29. Negeri 5 Menara

  30. Pembimbing ke Tanah Suci

  31. Perang Badar

  32. Peristiwa Bersejarah Ramadan

  33. Puasa Sebagai Penyembuh Penyakit

  34. Puasa Terapi dalam Ibadah

  35. Punya Cinta Ramadan

  36. Ramadan: Tetamu Yang Dirindui

  37. Remaja@ptsone 2010

  38. Sarah dan Duit Raya

  39. Selamat Hari Raya the Silver

  40. Senangnya Memasak -Tauhu dan Telur

  41. Senangnya Memasak… Ayam

  42. Senangnya Memasak… Daging

  43. Senangnya Memasak… Ikan

  44. Senangnya Memasak… Kambing

  45. Senangnya Memasak… Kerabu & Salad

  46. Senangnya Memasak… Kuih-muih Minum Petang

  47. Senangnya Memasak… Makanan Barat

  48. Senangnya Memasak… Makanan Laut

  49. Senangnya Memasak… Mi, Mihun & Kuetiau

  50. Senangnya Memasak… Nasi

  51. Senangnya Memasak… Sambal & Sos

  52. Senangnya Memasak… Sayur

  53. Syoknya… Berpuasa

  54. Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman (Edisi Kemas Kini)

  55. TRAVELOG SYAHADAH

  56. Young Aisyah: Ponteng Puasa

Lihat senarai penuh di laman web Baca@Ramadan