Katalog

Terapi Ruqyah: Pendinding Diri daripada Gangguan Sihir, Jin dan Syaitan

Format: Paperback
ISBN-13: 978-967-5137-71-6
Tarikh Terbit: 12 Aug 2009
Jumlah Muka Surat : 104

Kategori: Islam, Doa & Amalan

Siri:

Penerbit: PTS Islamika Sdn Bhd

RM 4.50

Harga Sabah/Sarawak: RM 5.50

Beli Online

"Dan Kami turunkan daripada al-Quran, penawar dan rahmat bagi orang yang beriman dan al-Quran itu tidak menambah apa-apa untuk orang kafir yang zalim selain rugi."
(surah al-Israk: 82)


Dalam kemajuan sains dan teknologi, kita tidak dapat menafikan kewujudan makhluk halus seperti malaikat, syaitan dan jin yang juga merupakan makhluk ciptaan Allah.
Di kalangan makhluk halus ini, ada yang mendatang kebaikan dan ada yang membawa bencana. Jin dan syaitan contohnya, sering mengganggu kehidupan manusia sama ada atas rasa cemburu, dendam dan sebagainya hingga kepada mengikut arahan 'tuan' yang mengarah supaya memusnahkan hidup manusia sendiri.

Bagi menghadapi gangguan ini, Rasulullah SAW mengajar kepada umatnya ruqyah atau jampi yang bersumberkan wahyu dan tidak terpesong daripada landasan akidah yang lurus.Selain bertujuan menyekat dan menghapuskan serangan ghaib, ruqyah juga boleh digunakan untuk memulihkan masalah fizikal seperti demam, disengat binatang berbisa dan keracunan. Selain itu, ruqyah boleh menjadi pendinding dan senjata menghadapi serangan ghaib yang paling ampuh.

Buku ini disusun bagi membantu pembaca yang tidak mempunyai asas bahasa Arab ataupun asas perubatan Islam. Ia bertujuan untuk menggalakkan pembaca mengamalkan sendiri jampi serapah apabila menghadapi masalah yang berkaitan. Buku ini juga boleh membantu pembaca untuk menilai kriteria pengamal perubatan tradisional, sama ada ia mengikut syarak atau tidak.

Di dalam buku ini pembaca akan:

  • Mengetaui hakikat sihir dan bagaimana ia berlaku.
  • Mengenali jenis-jenis sihir.
  • Mengenali jin dan syaitan serta jenis-jenisnya.
  • Rawatan bagi penyakit jasmani seperti luka, deman dan sebagainya.
  • Rawatan bagi penyakit rohani seperti kemurungan, susah tidur dan sebagainya.
  • Mengenali terapi daripada alam semula jadi seperti madu lebah, habbatus sauda' dan sebagainya.


Rohidzir Rais adalah penulis aktif yang banyak menghasilkan buku-buku popular seperti terjemahan buku Harun Yahya, The Evolution Deceit, Soal Jawab Remeh Temeh tentang Solat tapi Anda Malu Bertanya, Soal Jawab Remeh Temeh tentang Seks tapi Anda Malu Bertanya, Kamus Bergambar Pintar Soleh dan banyak lagi.

Kata Pengantar Penyusun


Bab 1: RAWATAN SERANGAN SIHIR

Hukum Sihir dan Orang yang Mempelajari dan Mengamalkannya
Hukum Menemui Tukang Tilik Nasib atau Tukang Ramal
Rawatan Menghadapi Serangan Sihir
Terapi 1: Pendinding Sihir
Terapi 2: Rawatan Mangsa Sihir
Ruqyah Mengubati Mangsa Sihir
Serangan Pandangan Mata Jahat (al-’Ain)
Hakikat al-‘Ain
Terapi 1: Menghindarkan Diri
daripada Orang yang Mempunyai al-’Ain
Terapi 2: Pemulihan Orang yang Terkena Serangan al-‘Ain

Bab 2: RAWATAN GANGGUAN JIN & SYAITAN

Gangguan Jin dan Syaitan
Jenis-Jenis Jin dan Syaitan Serta Rawatan

Jin 1: JIN API atau JIN MAJUSI
Simptom Kerasukan Jin Api
Rawatan Ruqyah bagi Kerasukan Jin Api
Jin 2: JIN CINTA
Punca Kerasukan Jin Cinta
Simptom Kerasukan Jin Cinta
Rawatan Ruqyah bagi Kerasukan Jin Cinta
Jin 3: JIN AIR
Punca Kerasukan Jin Air
Simptom Kerasukan Jin Air
Rawatan Ruqyah bagi Kerasukan Jin Air
Jin 4: JIN TANDAS
Pencegahan Gangguan Jin Tandas
Simptom Kerasukan Jin Tandas
Rawatan Ruqyah bagi Kerasukan Jin Tandas
Jin 5: JIN TERBANG
Rawatan Ruqyah Kerasukan Jin Terbang
Jin 6: JIN KUBUR
Sebab Kerasukan Jin Kubur
Simptom Kerasukan Jin Kubur
Rawatan Ruqyah Kerasukan Jin Kubur
Jin 7: JIN RUMAH
Simptom Kerasukan Jin Rumah
Tip Menghindari Jin Rumah
Rawatan Ruqyah bagi Kerasukan Jin Rumah
Jin 8: TOYOL
Simptom Kerasukan Toyol
Rawatan Ruqyah bagi Kerasukan Toyol
Jin 9: JIN TEMPEL
Punca Jin Tempel Melekat pada Manusia
Simptom Gangguan Jin Tempel
Rawatan Ruqyah Gangguan Jin Tempel
Jin 10: JIN PINTAR
Punca Kerasukan Jin Pintar
Simptom Kerasukan Jin Pintar
Rawatan Ruqyah bagi Kerasukan Jin Pintar
Jin 11: QORIN
Hakikat Qorin
Punca Penguasaan Jin Qorin ke atas Manusia
Simptom Orang Dikuasai Qorin
Rawatan Ruqyah bagi Orang Dikuasai Qorin
Rawatan Mengusir Qorin

Bab 3 RAWATAN PEMULIHAN JASMANI

Doa Membantu Penyembuhan dengan
Perubatan Moden Ruqyah
Ruqyah 1: Merawat Luka Berdarah dan Luka Bernanah
Ruqyah 2: Mengubati Demam Panas
Ruqyah 3: Menghilangkan Bisa Sengatan dan Gigitan
Ruqyah 4: Merawat Diri Sendiri
Ruqyah 5: Merawat Orang Sakit ketika Menziarahinya
Ruqyah 6: Merawat Sakit Mata
Ruqyah 7: Rawatan Terhadap Penyakit Batu Karang dan Kencing Tertahan
Ruqyah 8: Doa Melindungi Diri daripada Keracunan, Serangga Berbisa atau Santau
Ruqyah 9: Menghilangkan Rasa Sakit

Bab 4RAWATAN PENYEGARAN ROHANI

Terapi Ruqyah bagi Gangguan Jiwa
Terapi 1: Doa Memulihkan Hati yang Terlalu Sedih atau Kemurungan Melampau
Terapi 2: Doa Meredakan Penderitaan Batin
Terapi 3: Doa bagi Pesakit Insomnia dan Gangguan ketika Tidur
Terapi 4: Doa Menghilangkan Perasaan Marah
Terapi 5: Doa Mohon Kesabaran
Terapi 6: Doa Kemantapan Jiwa
Terapi 7: Doa Meningkatkan Keyakinan Diri
Terapi 8: Doa Ketika Melihat Maksiat

Bab 5 TERAPI ALAM

Terapi Alam 1: Terapi Habbatus Sauda`
Komposisi Minyak Habbatus Sauda
Kaedah Penggunaan Habbatus Sauda’
dan Khasiatnya
Terapi Alam 2: Terapi Madu Lebah
Khasiat Madu Lebah
Bahan Mineral Dan Vitamin Dalam Madu Lebah
Terapi Alam 3: Terapi Air Zamzam
Adab Meminum Air Zamzam

Bibliografi

Karya Lain Penulis Ini

Buku berkaitan yang anda mungkin berminat