The Presentation Secrets of Steve Jobs (Edisi Bahasa Melayu)

oleh Carmine Gallo

Harga: RM 26.00 / RM 29.00
ISBN-13: 978-967-369-113-5
Tarikh Terbit: 13 Jun 2011
Jumlah Muka Surat : 296

Kategori: Bisnes & Pengurusan, Komunikasi Massa

Penerbit: PTS Professional Publishing Sdn Bhd

Kongsi info buku ini di laman sosial:

Beli Online @ BookcafeDiskaun 15%

Kini anda boleh berkongsi ulasan berkaitan buku ini di laman sosial!

Isi Kandungan

PROLOG Bagaimana Menjadi Penyampai Hebat di Hadapan Semua Orang

 

BABAK 1 MEWUJUDKAN CERITA

 

ADEGAN 1 Perancangan Analog

ADEGAN 2 Jawab Satu Soalan Terpenting

ADEGAN 3 Tetapkan Tujuan yang Mulia

ADEGAN 4 Wujudkan Tajuk Utama Seperti Twitter

ADEGAN 5 Melukis Peta Jalan

ADEGAN 6 Memperkenalkan Antagonis

ADEGAN 7 Hero yang Hebat

 

PERKONGSIAN 1 Patuhi Peraturan Sepuluh Minit

 

BABAK 2 MENYAMPAIKAN PENGALAMAN

 

ADEGAN 8 Menyalurkan Zen Dalaman Mereka

ADEGAN 9 Berikan Makna kepada Nombor Penting

ADEGAN 10 Gunakan Perkataan yang ‘Zippy’

ADEGAN 11 Berkongsi Pentas

ADEGAN 12 Gunakan Prop dalam Penyampaian Kamu

ADEGAN 13 Dedahkan Detik yang ‘Mengejutkan’

PERKONGSIAN 2 Phil Schiller Belajar daripada yang Terbaik

 

BABAK 3 MEMPERHALUSI DAN BERLATIH

 

ADEGAN 14 Kehadiran Aura di atas Pentas

ADEGAN 15 Ia Kelihatan Mudah Sahaja

ADEGAN 16 Memakai Pakaian yang Sesuai

ADEGAN 17 Buang Skrip di Tangan

ADEGAN 18 Berseronoklah

 

ULANGAN Satu Perkara Lagi  

Sinopsis

Tahukah anda?

Steve Jobs adalah penyampai hebat di pentas dunia. Tiada individu lain yang dapat menandinginya. Ramai yang sanggup datang sehari lebih awal ke lokasi persembahan Steve, bagi memastikan mereka mendapat kerusi terbaik dalam sesinya. Ramai peminatnya mengancam mahu memboikot acara Apple, hanya kerana Steve Jobs tidak lagi memberikan ucaptama yang biasa dilakukannya selama bertahun-tahun!

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sama ada dia memperkenalkan iPhone baru ataupun menyampaikan ucaptama, Steve Jobs sentiasa membuatkan para penonton teruja dengan penyampaian hebat dengan gaya tersendiri. Steve bukan sekadar menyampaikan maklumat beliau turut bercerita, melukis gambaran, dan berkongsi wawasan dalam penyampaiannya. Beliau memberikan pengalaman transformasi unik, penuh inspirasi dan keterujaan, yang tidak dapat dilupakan.

Buku ini adalah panduan terbaik, seolah-olah penyampai hebat itu sendiri menyampaikannya secara langsung kepada anda. Pakar komunikasi Carmine Gallo, mempelajari dan menganalisa penyampaian Steve, dan kemudian berkongsi pelbagai contoh, tip, teknik, dan rahsia penyampaian yang terbukti berkesan pada setiap masa. Menggunakan pendekatan revolusi ini, anda pasti terkejut mengetahui betapa mudahnya menjual, berkongsi keterujaan dan seterusnya membuatkan para penonton terkesima melihat penyampaian anda, gaya Steve Jobs. Anda akan belajar bagaimana bagi:

Mewujudkan kisah jenama penuh inspirasi

Menjawab soalan terpenting

Mempunyai wawasan terperinci, mudah diingat, dan konsisten

Memberikan makna kepada nombor

Menyampaikan saat-saat yang tidak dapat dilupakan

Menghasilkan slaid visual yang menawan

Mewujudkan aura di atas pentas

Menjadikannya kelihatan mudah

Berlatih dengan efektif

Berseronok

Buku ini tidak ditulis ataupun disahkan oleh Steve Jobs


Info Penulis

CARMINE GALLO adalah jurulatih penyampaian, media dan komunikasi bagi pelbagai jenama terkemuka di dunia. Beliau adalah pengarang dan kolumnis untuk Businessweek.com serta pengucaptama dan pemimpin seminar yang pernah muncul di saluran CNBC, NBC, CBS, MSNBC.com, BNET, RedBook, Forbes.com, New York Times, Wall Street Journal, Business Daily Investor, dan pelbagai saluran media lain. Carmine Gallo menginap di kawasan Teluk San Francisco dan mantan naib presiden firma perhubungan awam global yang tersenarai dalam tangga 10 teratas. Dapatkan infomasi lanjut mengenainya di www.carminegallo.com. 

Buku lain oleh penulis ini

  • The Presentation Secrets of Steve Jobs (Edisi Bahasa Melayu)
    RM 26.00 / RM 29.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-967-369-113-5
    Tarikh Terbit: 13 Jun 2011

Temubual bersama penulis