Artikel

15 Judul Buku PTS Terpilih untuk Projek BTP/BBT 2009

oleh Helmi pada 29 Oct 2009

Setakat pagi ini 29 Oktober 2009, Jabatan Jualan PTS mengesahkan, sebanyak 15 judul buku PTS terpilih bagi dibekalkan untuk projek BTP/BBT 2009. Setiap tahun, Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) di bawah Kementerian Pelajaran akan memilih buku-buku terbitan penerbit tempatan bagi dibeli dan ditempatkan di sekolah-sekolah di bawah kementerian.

Pada tahun ini, BTP hanya memilih judul-judul buku manakalan Bahagian Buku Teks, Kementerian Pelajaran (BTP) mengendalikan urusan membeli buku-buku itu daripada pembekal terpilih.

Bahagian editorial PTS sekarang sedang sibuk menguruskan proses ulang cetak  10 daripada 15 judul terlibat kerana stok sedia ada tidak cukup untuk dibekalkan. 

Buku-buku yang dipesan ini dijangka akan dibekalkan untuk projek BTP/BBT sebelum hujung bulan November nanti.

PTS ucapkan tahniah kepada penulis-penulis 15 judul buku terpilih itu begitu juga kepada editor-editor daripada unit editorial terlibat. PTS menjangkakan akan ada lagi judul-judul tambahan bagi dibekalkan untuk projek BTP/BBT 2009 ini selain daripada 15 judul yang sudah kami terima.

Berikut adalah senarai judul buku terpilih dan kuantiti yang dipesan.

1. Misi Piramid - 1026 naskah 

2. Aku Mahu Saiz S - 1026 naskah 

3. KepadaMu Aku Berserah - 1026 naskah 

4. Belajat Teknik Belajar - 1026 naskah 

5. Seindah Dafodil - 1026 naskah 

6. Magis Piramid Tujuh : Kota Sigaraya - 1026 naskah  

7. Master Your Mind - 1026 naskah 

8. Menuju Puncak Kecemerlangan - 1026 naskah 

9. Kembara Hafiz : Rahsia Terbongkar - 1025 naskah 

10. Pendekar Merah Budiman - 1026 naskah 

11. Sang Pemimpi - 1026 naskah 

12. Adam Kecil : Terlebih Makan - 1830 naskah 

13. Akademi Gemilang : Jejak Kuasa Alam - 1120

14. Akrab Dengan Tuhan - 1120 

15. 31 Kisah Teladan: Insaf Kerana Katak - 1120 

 

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025