Artikel
Taklimat dan Demo Dewan Eja Pro Indesign oleh TNTSB
oleh Helmi pada 28 Oct 2009
Taklimat pada 27 Oktober 2009 ini diadakan khusus kepada editor-editor PTS dan disampaikan oleh En. Vince dan Cik Alicia dari TNTSB. Mereka menunjukkan bagaimana cara menggunakan kamus dan penyemak ejaan yang disediakan dalam perisian itu kepada para editor.
Sesi taklimat yang dianjurkan oleh Akademi PTS ini bertujuan memberi peluang kepada para editor PTS untuk berinteraksi secara terus dengan pihak TNTSB dan menyelesaikan persoalan yang timbul sepanjang menggunakan perisian yang dibangunkan oleh TNTSB.