Artikel
Kursus Dalaman PTS: Ceramah Pemasaran & Jualan
oleh Helmi pada 29 Oct 2009
Akademi Latihan PTS hari menganjurkan ceramah mengenai pemasaran dan jualan buku bertempat di bilik latihan PTS, Batu Caves bermula jam 9.30 hingga 11.30 pagi.
Ceramah ini adalah salah satu daripada siri latihan dalaman PTS khusus untuk semua staf. Siri latihan sebegini dirangka bagi memberi peluang kepada semua staf meningkatkan ilmu dan kemahiran masing-masing dalam dunia penerbitan buku.
Ceramah mengenai pemasaran dan jualan ini disampaikan sendiri oleh Pengurus Pemasaran PTS iaitu Puan Norhazizam Abd.Rahman dan Pengurus Jualan PTS, En. Zaharin Mohd Zain. Mereka berdua adalah 'otai' di PTS dalam bidang masing-masing.