Artikel
50 Tip Motivasi Haji dan Travelog Impian Abadi Dilancar di PABKL
oleh Roziyah pada 30 Apr 2011
Prof. Muhd Kamil Ibrahim melancarkan buku terbaru beliau dalam satu majlis di Bilik Seminar Johor-Kedah hari ini.
Beliau sebelum ini menghasilkan buku Travelog Dakwah dan Travelog Haji bagi mereka yang ingin dan sudah melangkah ke Tanah Suci.
Prof. Muhd Kamil Ibrahim banyak menghasilkan karya bagi masyarakat yang tercari-cari buku motivasi agama dan panduan ibadah yang ditulis secara santai dan bersahaja.
Majlis penuh bermakna ini juga turut dihadiri oleh pengerusi PTS, Puan Ainon Mohd.
Beliau menjelaskan mesej-mesej yang terdapat dalam buku Prof. Muhd Kamil mudah dibaca oleh semua pembaca.
"Buku-buku baru ini akan menjamin pembaca mahu mendapatkan buku-buku beliau yang lebih awal," jelas Puan Ainon.
Dato' Zaki Hassan yang juga Alumni UiTM serta sahabat baik kepada Prof. Muhd Kamil serta Puan Roza berbesar hati melancarkan buku 50 Tip Motivasi Haji dan Travelog Impian Abadi. Beliau juga turut membeli sejumlah buku tulisan Prof. Kamil dan dihadiahkan kepada peminat yang hadir ke majlis pelancaran tersebut.
Buku 50 Tip Motivasi dan Travelog Impian Abadi hasil tulisan Prof. Muhd Kamil dan isteri beliau, Puan Roha mendapat sambutan hangat di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2011.